Friday, 7 December 2012

penjual telur ( cerita lawak)

Si penjual telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

happy brithday Lawakkk hahahaha

Oleh kerana 'birthday'nya yg semakin dekat tapi suaminya buat tak tau je, suatu hari Bedah
pun bertanya pada suaminya.

"Bang, bang tak tau ke birthday saya dah dekat ni? Abang tak nak belikan apa-apa ke?"

"Dah dekat ke? Ooo... tak tau pulak", jawab suaminya dengan selamba.

"Ala bang bagi la something, tak beli barang kemas pun tak apa, beli barangan eletrik pun jadi la."

Tak tahan dengan leteran isterinya maka mamat pun mengalah", yelah-yelah, nanti abang belikan barangan eletrik yg paling special, khas untuk Bedah sorang."

"Ye ke bang? eiii...syoknya!!! Abang nak beli apa utk saya? Televisyen? Microwave? Kipas angin letrik? Periuk karan?" tanya bedah dengan excitednya.

"Bukan, semua salah," jawab suaminya.

"Abih tu bang, apa bendanya?" tanya isterinya.

Maka dengan selamba suaminya pun menjawab..."Kerusi".

lawak giller (mesti baca hahaha)

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,


Penunggang basikal warga emas maut dilanggar atas jambatan

Penunggang basikal warga emas maut dilanggar atas jambatan

 

KUANTAN: Seorang penunggang basikal berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori di atas jambatan Tanjung Lumpur, di sini, petang semalam.
Yee Boon Woh mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 7.45 petang itu mangsa dari arah Tanjung Lumpur menuju ke bandar Kuantan.

"Di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah bergesel dengan kenderaan terbabit sebelum terjatuh," katanya di sini hari ini.

Menurutnya sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenai kejadian itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07

Tsunami satu meter landa utara Jepun

Tsunami satu meter landa utara Jepun

TOKYO: Tsunami setinggi satu meter melanda utara Jepun berikutan gempa di laut menyebabkan beribu penduduk berhampiran mula meninggalkan kediaman di wilayah yang pernah dilanda bencana sama tahun lalu.
Siaran radio turut mengingatkan penduduk mengenai bencana pada 2011 dan meminta mereka pindah di kawasan selamat dan tinggi.

Sistem telefon dikatakan sesak berikutan panggilan yang dibuat penduduk yang menyukarkan pihak berkuasa sukar untuk melakukan operasi menyelamat selepas amaran tsunami dikeluarkan.

Bagaimanapun, tidak ada laporan kehilangan nyawa dilaporkan sehingga ini berikutan gempa yang berukuran 7.3 itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07

Mat Yo lapar jaringan







TIGA perlawanan tanpa sebarang gol membuatkan penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha semakin bernafsu untuk merobek gawang Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Pemain Paling Bernilai kebangsaan 2012 itu yakin sudah berada di prestasi terbaik untuk menamatkan kemarau jaringan apatah lagi dia kemungkinan bakal menjadi sandaran terbaik menerajui jentera serangan berikutan kedudukan gandingannya, Mohd Safee Sali masih menjadi tanda tanya.

Sehingga semalam, Safee masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dan Norshahrul tidak tertekan dengan situasi itu.
Biarpun Norshahrul, 26, mengharapkan Safee akan pulih dalam tempoh terdekat ini, namun dia bersedia untuk menggalas tugas utama mengikut percaturan Datuk K Rajagobal.

“Saya harap Safee boleh bermain menentang Thailand kerana kita memerlukan penyerang utama.

“Saya hanya mengikut perancangan jurulatih sama ada mahu meletakkan saya sebagai penyerang utama, tapi saya lebih selesa beraksi di belakang penyerang utama.
“Tapi saya yakin saya akan menjaringkan gol dalam perlawanan dengan Thailand kali ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.

Norshahrul yang bakal beraksi dengan Johor atau kini dikenali sebagai Darul Takzim FC menjaringkan dua gol untuk membantu Malaysia menjulang kejuaraan pada edisi 2010.
Dia yang mesra disapa dengan panggilan Mat Yo tidak tertekan selepas dua tahun gagal menjaringkan gol di peringkat antarabangsa kerana yakin dengan kemampuannya.

“Apabila pasukan bergantung kepada saya, keinginan saya untuk menjaringkan gol lebih tinggi. Ketika final Piala Malaysia, (Mohamed) Ghaddar tidak beraksi dan saya secara automatik menggalas tugas itu dan berjaya menjaringkan dua gol,” katanya yang membantu Kelantan menewaskan ATM 3-2 di final Piala Malaysia, Oktober lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/06

Anggota JPAM cedera ditembak ketika meronda di Bukit Mertajam

GEORGETOWN: Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) cedera terkena tembakan ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Kulim, Bukit Mertajam malam semalam.
Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian 11.15 malam itu, Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang meronda dengan menaiki motosikal bersama rakannya sebelum terserempak dengan dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan.

"Apabila petugas mendekati dua lelaki terbabit, mereka terus melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota berkenaan di Hospital Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua anggota JPAM terbabit setelah menyedari mereka dikejar dan satu tembakan mengenai bahagian pinggang kiri Adi Luqman.

Keadaan Adi Luqman kini dilapor stabil, katanya.

Katanya polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki dua lelaki terbabit dan yakin suspek dapat diberkas tidak lama lagi.

Beliau berkata insiden itu adalah yang pertama melibatkan anggota polis bantuan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07