Monday, 18 March 2013

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN????

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan 

mesti baca ni..kejujuran dan kebohongan ?????



Kejujuran Memang Menyakitkan Tapi Tidak Mematikan. Kebohongan Memang Menyenangkan Tapi Tidak Menyembuhkan


Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi di berikan peluang untuk bernafas di muka Allah ini. Hari isnin yang sungguh tenang walaupon kadang kala emosi sedikit tergangu tapi tak pernah mencela sinar mentari dari terus bersinar dengan memberi nikmat kepada yang memerlukan. Tiap tiap hari acik di hujani dengan pelbagai soalan dari rakan rakan yang minta pendapat dan komen. Maaf kepada yang tak sempat untuk acik bagi pandangan kerana otak nie memikirkan tentang banyak hal.
Kebetulan hari nie, ada kelas petang dan sebelah malam ada program bersama astro untuk im4u .InsyaAllah kalau ada kesempatan dapat join. Siapa tak pernah menipu atau berbohong ? Tipulah kalau katakan dalam hidup ini semua orang tak pernah berbohong ? ahh tengok tu mesti nak cover diri. Memang pon kadang kala kita lebih protect diri kita untuk sembunyikan berlapis lapis segala kesalahan dan percakapan kita dari orang tahu.
Usia kita makin bertambah ,dalam rancaknya usia kita tu , berapa patah perkataan yang kita habiskan untuk bercakap ? dan berapa kali agaknya kita berbohong ? kalau di kumpulkan bagaimana dosa kita. Setiap hari kita tak pernah berseorang sebab ada penjaga kiri dan kanan yang tak pernah berhenti mencatat segala apa yang kita lakukan.

Bukan apa, orang selalu benci pada kejujuran walaupon dia jujur tetapi jujur tetap di benci. Jika di bandingkan dengan tipu, orang lebih suka pekara yang tak benar dari reality sebenar. Sebab mereka tak sanggup nak terima semua nie. 

Acik rasa, ini masanya untuk kita bangkit dan muhasabah diri , lihat diri kita , berapa banyak agaknya kita dah tipu orang  ? dari pekara kecil sehingga besar. Memang ada kala kalau kita tipu itu untuk kebaikan. Tapi sampai bila ?? Lastly kita juga yang akan di salahkan dan di benci oleh orang lain bila sudah tahu kebenaran. 
Dan marilah ungkapkan kebenaran yang hakiki.. Satu lagi jika kita ada buat silap dan salah, gunakan kaedah yang betul untuk buat pengakuan. Sebab bila kita buat dosa dengan manusia , dosa tersebut hanya dapat di maafkan oleh mereka yang kita buat dosa.
Kejujuran itu memang pahit untuk di terima tapi  jika kita ikhlas dengan apa yang katakan maka insya Allah semua akan tiada masalah. Percayalah pada ALLAH.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
Menipu / berbohong nie macam dadah, kalau kita tak buat tak sah , kita akan kecanduan.Dan kita akan terus menipu dan menipu.Orang akan hilang kepercayaan pada kita.
Untuk menagani masalah ini , kita haruslah kawal diri kita dan percakapan kita. Selalu lah berzikir ,bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH supaya hati kita lembut .Dan cara kedua kita bolehlah berpuasa  kerana puasa itu dapat mengawal perasaan kita untuk melakukkan pekara yang tak baik.Paling penting taubat yang perlu kita lakukan.


Hendaklah kamu berkata benar(jujur),karena berkata benar itu membawa kepada kebaikan,dan kebaikan itu mambawa ke  surga.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata benar dan cenderung dengan berkata benar,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang jujur.
Dan jauhilah berkata dusta(bohong),karena dusta itu mambawa kepada  kejahatan,dana kejahatan itu membawa ke neraka.Demikianlah bilamana seseorang senantiasa membiasakan berkata dusta dan cenderung dengan berkata dusta,maka orang itu dicatat disisi Allah sebagai orang yang pendusta
H.R BUKHORI-MUSLIM
 Takpe kita mula dari perlahan lahan, sedit demi sedikit, elakkan dari pekara lagha dan berfikir dulu sebelum berkata kata. Memang betul hanya Allah yang tahu apa kita buat tapi kita harus tahu , di padang masyar nanti semuanya akan terbongkar dan setiap perkataan dan perilaku kita akan di siarkan tanpa ada tapisan. Di dunia kita mampu gembira di akhirat nanti ??  Acik taip ini sebenarnya lebih kepada muhasabah diri ,ingtkan diri sendiri. Kita ada yang fikir nak tunjuk bagus , kamu salah!! sebab acik takut dengan kematian yang boleh datang bila bila sahaja dan saat tu kita tak sempat bertaubat dan meminta maaf.

FENOMENA AWAN BERLUBANG YANG MENAKJUBKAN (7 GAMBAR)

Fenomena ini dikenali sebagai Punch Hole Cloud atau Fallstreak. Ia berlaku apabila suhu air pada awan berada dibawah takat beku namun masih belum membeku kerana kekurangan ice nucleation particles. Apabila sedikit particle air mula membeku, ia akan menyebabkan efek domino yg menyebabkan wap air di sekelilingnya turut membeku dan jatuh turun ke bumi. Ini menyebabkan wujudnya lubang besar pada awan cirrocumulus atau altocumulus.




Kajian: Racun Lebah Mampu Bunuh Virus HIV

Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus,” katanya dipetik laporan Science news
Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV
Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia  berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.

Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV

Waktu Tidur Yang Paling Bermanfaat Dan Bahaya Tidur Selepas Subuh.


Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. 

Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan."
Waktu tidur yang paling bermanfaat adalah :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam.
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] 
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] 
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] 
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] 
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, 
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." 
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216). 

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] 
Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, 
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:- 
[1] tidur di waktu pagi, 
[2] sedikit solat, 
[3] malas-malasan dan 
[4] berkhianat." 
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] 
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. 
Zaadul Ma’ad, 4/222)


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Kenapa Kucing Makan Rumput?????

Kenapa kucing makan rumput?... Macam pelik je kan???


 

Picture from Pet Grass (Malaysia)
Untuk kawal hairball atau gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut. kalau tak buang, boleh sebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan etc. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu / hairball. Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah! 


Gambar dari Pet Grass (Malaysia)

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk. TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

wow..!!!!!! Koleksi Gambar Lawak...spontan26


 Koleksi Gambar Lawak