Bagi yang tidak pernah melihat fenomena aneh seumpama itu, pastinya tertanya-tanya apakah jenis pokok itu? Apabila diselidik, flora ganjil itu rupanya pokok daripada kumpulan Eucalyptus. Pokok spesies ini merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui didunia. Menurut pakar Fizik Kayu, Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, pokok tersebut memang wujud. Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta. Ia adalah spesies pokok yang berasal dari Negara Australia.
Sebagai contoh, penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna hijau, kemudian penggantian kulit yang kedua berwarna hijau akan berubah menjadi biru, oren, ungu dan merah. Kemungkinan besar, proses proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian-bahagian tertentu dibatang pokok yang menyebabkan warnanya menjadi pelangi.
Eucalyptus Deglupta adalah sejenis pokok kayu yang mampu tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok tersebut ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutama sekali ia digunakan dalam industry pembuatan produk kayu.
No comments:
Post a Comment