Sunday 3 February 2013

Monyet angkasa Iran dipertikaikan di internet

Monyet angkasa Iran dipertikaikan di internet
TEHRAN: Pengumuman Iran bahawa negara itu telah berjaya menghantar monyet ke angkasa telah menjadi debat hangat di Internet pada Sabtu.

Ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat perbezaan antara imej rasmi primat itu sebelum berlepas dan selepas pendaratan.

Pada Jan 28, media Iran rasmi menerbitkan gambar monyet bernama Pishgam (Pioneer) sebelum pelancaran. Haiwan tersebut mempunyai bulu kelabu muda dan tahi lalat merah di atas mata kanan.

Tetapi kemudian, agensi berita ISNA menyiarkan gambar yang diambil semasa monyet ditunjuk kepada media selepas pendaratan yang menunjukkan bulu lebih gelap dan tanpa tahi lalat.

Susulan perbezaan tersebut, media barat telah mempersoalkan kejayaan misi angkasa monyet.

Pada tahun 2011, satu cubaan Iran untuk menghantar primat ini ke angkasa gagal.

Satu komen di Facebook berbunyi: monyet "pergi ke angkasa dan bertemu dengan seorang doktor yang menolong membuang tahi lalat."

Pihak berkuasa Iran langsung tidak memberi respons kepada soalan-soalan ini pada malam Sabtu.

Dua laman web yang pro kerajaan, Rajanews dan Nasimonline, telah berkata tanpa memetik sumber bahawa imej monyet yang disediakan kepada media sebelum pelancaran merupakan imej "arkib" pelancaran 2011.

Sebaliknya, monyet ditunjukkan kepada media selepas penerbangan sub-orbit adalah salah satu yang berjaya menamatkan misi.

Kedua-dua laman web tersebut tidak memberikan sebarang penjelasan mengapa gambar arkib dikatakan telah digunakan oleh media.

Berita mula diterbitkan pada: Februari 03, 2013 08:15 (MYT)

No comments:

Post a Comment