Monday 31 December 2012

Fakta dan Khasiat Habbatus Sauda Penawar Penyakit



via: wikipedia

Salam buat semua rakan pembaca.Hari ini jom kita lihat fakta serta khasiat habbatus sauda,antara tumbuhan yang dikatakan sebagai'white spectrum herb', iaitu mampun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNya. Habbatus sauda memang popular di Malaysia dan negara di Asia. di Malaysia terdapat pelbagai syarikat jualan langsung dan juga syarikat single level yang mempopularkan Habbatus sauda di dalam pelbagai campuran minuman dan makanan kesihatan.

Habbatus sauda merupakan tumbuhan yang berasal dari selatan dan barat daya Asia. Merupakan tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Mempunyai daun yang halus serta mempunyai bunga yang berbentuk kapsul.Di dalam bunga berbentuk kapsul inilah terdapatnya biji benih, jika dikeringkan atau setelah buah matang ianya pecah dan terdedah kepada udara menyebabkan biji benih tadi akan berwarna hitam.. Mempunyai ketinggian 12 -8 inci serta bunga berwarna ungu muda dan putih. Biji benihnya sebelum matang mempunyai rasa pahit dan pedas.

biji habbatus sauda yaang kering mempunyai rahsia perubatan bernilai tinggi
  • Habbatus sauda mempunyai minyak yang stabil, protien, alkoloid, kalsium, besi,natrium, kalium dan minyak pati
  • Mempunyai hampir 90% asid amino yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
  • Kajian awal dilakukan oleh saintis Islam silam seperti Ibnu Sina,AlBiruni, Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi,tentang keberkesanan Habbatus Sauda sebagai penawar serta mampu meyembuhkan pelbagai penyakit
  • Malahan Baginda SAW sendiri menyatakan Habbatus Sauda adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.
  • Habbatus sauda mampu merawat penyakit hati dan masalah penghadaman.
  • Malahan mampu juga mengubati sakit gigi, sakit kepala, masalah pernafasan dan masalah usus.
  • Pelbagai kajian juga mendapati Habbatus sauda atau jintan hitam ini mempunyai ciri atau agen penyembuhan dan penjagaan kesihatan manusia seperti antioksidan ( mencegah kanser, tumor), antikolestrol, pengubat alahan, dan anti mikrob, penahan sakit serta mempunyai antibiotik
  • Kajian demi kajian moden serta sainstifik terus membuktikan habbatus sauda mampu menjadi makanan tambahan kepada pesakit AIDS, menambah susu ibu.
  • Malahan apa yang lebih menarik habbatus sauda turut mempunyai kandungan omega 3 yang membantu perkembangan neuron serta sel otak, dengan kata lain ianya mampu meransang otak menjadi cerdas.
Habbatus sauda akan terus menjadi herba atau makanan yang terbaik untuk tahun mendatang.Dengan harganyaa yang murah serta kajian saintifik terbukti ia mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Namun yang lebih penting habbatus sauda merupakan antara makanan sunnah, serta diakui sendiri oleh SAW sebagai penawar yang tinggi nilainya kepada kesihatan manusia dengan izinNya.

Jururawat Ketagihan Makan Sabun Dan Span




Kerry Trebilcock berasal dari London menjadikan sabun dan span sebagai makanan utamanya. Jururawat ini menyatakan setakat ini beliau sudah pun memakan 4000 span dan 100 ketul sabun. Walaupun mengalami masalah sakit perut yang teruk kerry gagal untuk berhenti dari tabiatnya.


Menurut Kerry lagi sabun yang menjadi pilihan termasuklah yang berperisa lemon dan limau nipis. Malahan jururawat itu menjadikan span sebagai snek yang dicicah dengan coklat panas atau teh.Malahan span juga turut dicicah dengan sos tomato atau BBQ.Ianya menjadi bekal kepada Keryy jika ingin keluar rumah atau bersiar-siar.Keinginan untuk memakan makanan pelik ini bermula bila kerry mencuba memakan span yang baru dibelinya sekadar suka-suka sahaja.Namun selepas memakannya Kerry merasa kepuasan dan kekenyangan.Kini tabiat pemakanan peliknya itu sukar untuk diubah lagi. Malahan pada Kerry kepuasan memakan sapan akan lebih terasa bila dicicah dengan sos atau minuman panas.

Kerry sebenarnya ialah pengidap penyakit Pica,iaitu tabiat memakan benda yang bukannya makanan sebenar atau benda bukan nutrien.

Gambar Menyelam Bersama 8 Juta Obor-Obor



Jom kita lihat bagaimana beraninya penyelam ini menyelam bersama 8 juta ( anggaran aje ) obor-obor. Obor-obor ini mendiami kawasan tasik di Pulau Palau . Pulau Palau juga merupakan negara kecil yang terletak 800km dari timur Filipina, tak pernah dengar? tak pe...,negara nie baru aje dapat taraf negara dari UN atau PBB sejak 1994. jom layan gambar unik dan pelik nie,mungkin obor-0bor ini tidak berbahaya, tetapi jangan obor-obor kotak atau jellyfish box dah le

wow,seronoknya dibelai obor-obor




Telalu banyak jumlahnya



Gambar dari dalam tasik




Lokasi tasik dari udara




Info dan Fakta Penyakit Talasemia




Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia diwarisi daripada ibu-bapa dan boleh melibatkan kedua-dua anak lelaki dan anak perempuan

Terdapat 2 jenis Talasemia

1. Pembawa Gen Talasemia (Talasemia Minor )
2. Pesakit Talasemia ( Talasemia Major )

Pembawa Gen Talasemia
Pembawa Gen Talasemia tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan. Pengesahan hanya boleh diketahui melalui ujian Talasemia.Seseorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Ibu ATAU bapa boleh menyebabkan keadaan berikut berlaku. Walaupun pasangan tidak terdapat sebarang penyakit Talasemia, pembawa masih boleh memindahkan gen tersebut kepada anak-anak mereka,yang turut akan menjadi Pembawa Gen Talasemia. Masalahnya ialah apabila seseorang Pembawa Gen Talasemia berkahwin dengan pasangannya yang turut merupakan Pembawa Gen Talasemia. Keadaan ini berbahaya kepada anak pasangan tersebut kerana akan melahirkan bayi yang berpenyakit Talasemia yang boleh membawa maut. Jadi elakkan berkahwin dengan pasangan anda yang mempunyai Pembawa Gen Talasemia jika anda juga ialah Pembawa Gen Talasemia.

Tanda-tanda dan Gejala Pesakit Talasemia.
  1. Kanak-kanak nampak seperti normal pada awal kelahiran.Namun mereka akan mengalami masalah anemia ( sel darah merah menurun-menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti kekurangan oksigen di otak,pucat, lelah dan sebagainya) yang serius apabila berumur 3 - 18 bulan.
  2. Keadaan pucat berterusan, sentiasa lemah dan resah
  3. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  4. Jaundis ( biasanya disebut demam kuning )
  5. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  6. Tumbesaran terbantut.
  7. Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan tulang di bahagian muka.

Rawatan Pesakit Talasemia.
  1. Pesakit memerlukan transfuli darah secara berterusan setiap bulan untuk sepanjang hayat.
  2. Transfuli darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati,limpa,jantung dan kelenjar endoktrin yang akhirnya boleh merosakkan organ tersebut.
  3. 5 minggu sekali diperlukan untuk rawatan penyingkiran zat besi tersebut.
  4. Pemindahan tulang sum-sum sekiranya ada penderma yang sesuai dalam kalangan ahli keluarga.

Talasemia Major boleh dicegah melalui ujian Talasemia jika anda:
  • Seorang remaja
  • Mempunyai sejarah keluarga Talasemia
  • Ingin berkahwin
Penyakit ini boleh dicegah,ingatlah 1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah Pembawa Gen Talasemia

Gambar Mangkuk Berharga USD 26.7 Juta






Bahan sejarah sememang sangat bernilai tinggi, ianya merakamkan sejarah dan juga peradaban serta cara hidup budaya bangsa. Lihat sahaja bagaimana sebuah mangkuk kecil ini, nampak biasa aje, tetapi bernilai jutaan USD. Hanya melalui proses lelongan selama 15 minit mangkuk kecil ini terjual dengan harga USD 26.7 juta atau HK 208 juta . Mangkuk yang dubuat atau digunakan pada Dinasti song di Tanah Besar China ini menjadi rebutan ramai. Mangkuk yang terhasil pada kerajaan Dinasti Song di utara China itu dikatakan satu-satunya mangkuk seumpamanya di dunia.

Jambatan Gantung Paling Tinggi Di Dunia ( Bergambar )






China sekali lagi maju setapak dengan pengumumkan pembukaan jambatan gantung paling tinggi di dunia. Nampaknya kejuruteraan dan teknologi China diaplikasi sepenuhnya. Jambatan yang diberi nama Jambatan Gantung Aizhai ini merupakan jalan perhubungan ekspres yang menghubungkan bandar Chongqing di barat daya China dengan Bandar Changsha di wilayah Hunan. Jambatan yang mempunyai panjang 1,176 meter dan 335 meter dari permukaan bumi ini mampu mengurangkan waktu perjalanan antara 2 buah wilayah itu dari beberapa hari perjalanan kepada tempoh 2 jam sahaja perjalanan. Jambatan tersebut yang mula dibina sejak Oktober 2007 sudah siap sepenuhnya,bukan sahaja kenderaan seperti kereta,pejalan kaki juga boleh melalui jambatan ini, hatta pada waktu malam sekali pun kerana terdapat 188o lampu disepanjang jambatan ini



- Benua China memang terkenal dengan pelbagai bentuk muka buminya termasuklah banjaran gunungnya yang kasap, oleh kerana itu tidak salah jika teknologi ini diaplikasi di Malaysia seperti di Sabah dan Sarawak yang memang sukar di askses melalui jalan darat. Maka penggunaan kapal terbang ringan menjadi pilihan. Kalau dibina jambatan seperti nie boleh tak? memang banyak faktor perlu diambil kira. Namun ianya merupakan pilihan yang tepat bagi negara China

Fakta Dan Info Kapal Titanic (Bergambar )




Gambar terakhir Titanic via kottke.org




Rasanya ramai juga yang pernah menonton filem Titanic,kalau tak salah sudah lama filem ini,namun dek kerana promosi yang luar biasa termasuklah media di Malaysia, maka ramailah yang menonton filem nie. Jom kita lihat fakta sebenar tentang kapal nie..keep reading

  • Merupakan kapal terbesar di dunia pada waktu ianya dibuat
  • Membawa 892 crew kapal dan 1320 penumpang.Dikatakan sebagai kapal yang paling bergaya, kerana mempunyai tiga kelas kabin, kelas pertama harganya mencecah ribuan USD pada waktu itu
  • Membuat pelayaran sulung dari Southampton ke New York
  • Namun pada hari ke empat pelayarannya,kapal Titanic terlanggar iceberg di Newfoundland,utara Lautan Atlantik,
  • Iceberg sememangnya berbahaya kerana menyembunyikan 9/10 bahagiannya yang besar,sekadar menampakkan 1/10 di permukaan lautan
  • Perlanggaran tersebut menyebabkan Titanic tenggelam
  • Ianya merupakan tragedi maritim yang paling diingati di dalam sejarah
  • 1500 orang terkorban
  • Kapal terbesar tersebut hanya membawa beberapa buah bot penumpang,tidak mampu menampung jumlah penumpang yang panik dan ketakutan,ramai diantaranya terjun ke laut,namun sayangnya, kawasan lautan pada musim sejuk menyebabkan ramai mati kesejukan
  • Selepas 2 jam dipenuhi air serta rosakakibat langgaran tersebut,akhirnya Titanic tenggelam ke dasar lautan pada 15 April 1912
  • Hanya pada tahun 1985 bangkai kapal Titanic ditemui semula
  • Tragedi ini memberikan ilham kepada pembuat serta pengarah filem untuk menghasilkan filem 'Titanic. Antara yang paling diingati sudah tentunya dari buah tangan James Cameron.Sambutan filem tersebut memang hebat,namun sebenarnya filem tersebut menyuburkan perasaan cinta yang tidak kena pada tempatnya, atau sebaliknya mengisahkan cinta isteri yang curang,maaflah jika rakan pembaca kurang setuju dengan admin ye
  • Walaupun telah mendapat amaran awal tentang iceberg tersebut, nasib malang masih bersama Titanic ,walaupun dibawah seorang kapten kapal yang berpengalaman.
  • Hanya selepas beberapa jam tenggelam, barulah Kapal RMS Carpathia datang menyelamatkan saki baki penumpang yang terselamat


Pekerja membina Titanic pulang ke rumah di limbungan Harland & Wolff,Pulau Queen's Belfast Ireland ,Titanic di belakang, gambar ini pada tahun 1911

Menu makanan bagi penumpang kelas pertama dipamerkan di Pameran Muzeum Titanic Southampton,UK. via : yahoo

Menu makanan kelas kedua via: yahoo

Jam salah seorang mangsa yang tidak dikenali,berhenti pada pukul 2.28,selepas beberapa minit Titanic tenggelam sepenuhnya ke dasar laut

Gambar Menara Penyiaran Jepun Tertinggi Di Dunia

Jepun akhirnya turut serta di dalam pembinaan ' smart building '. Jepun pada 17 April 2012,telah membuka menara penyiaran bebas tertinggi di dunia. Bangunan menara yang dinamakan sebagai Tokyo Sky Tree itu mempunyai ketinggian 634 meter atau 2080 kaki.Kelebihannya sudah tentunya adalah gabungan kejuruteraan dan juga kepakaran arkitek serta bahan teknologi yang mampu menahan gegaran gempa bumi. Menara tersebut hanya akan dibuka kepada orang awam pada bulan lima nanti jom layan gambar menara ini. Menara terbaru ini menjadi satu ikon baru kepada Jepun.terletak di Tokyo, bandar megalopolis



Bukan senang, kerana Jepun terletak di lingkaran Api Pasifikyang terdedah kepada gempa bumi



Hanya wartawan dibenarkan masuk dan naik ke atas sebagai persediaan awal sebelum dirasmikan bulan Mei nanti








Jelas terlihat menara dari jauh


Duit Syiling Lama Paling Mahal Di Dunia






Gambar duit syiling lama ,antara paling mahal di dunia,keluaran tahun 1792











Berikut adalah duit syiling dari USA keluaran tahun 1792 yang dilelong melebihi 1 juta USD. kali terakhir ia dilelong ialah pada tahun1974, namun pada waktu itu nilainya sekitar USD 105,000 sahaja. Dilelong oleh Haritage Auction,duit syiling kecil itu antara 40 duit syiling seumpamanya yang dihasilkan pada tahun tersebut , paling mahal di dunia yang dilelong.

Gambar 10 Kereta Super Paling Pantas Di Dunia 2012



Kereta super berada di dalam kelasnya tersendiri.ianya dibina untuk kelajuan tetapi dengan ciri keselamatan dan juga keselesaan pemanduan. Senarai kereta ini sekadar perkongsian,maklumlah harganya terlalu mahal,malahan tidak keterlaluan,ianya berada di dalam kelas yang tersendiri,dengan kelajuan yang terhebat serta reka bentuk penuh dengan sporty dan juga canggih. Jom kita lihat kereta-kereta nie... jika kereta kita ,macam kete admin aje ..proton wira aje..tak payah nak bawa laju sangat,maklumlah ciri keselamatan standard aje...jadi bawah-bawah kenderaan tu pun standard ajelah ..tak payah laju-laju sangat... bagi pengemar game Need For Speed..inilah spesifikasi kereta yang menepati kereta di dalam game tersebut...



Bugatti Veyron Super Sport


Kereta ini mempunyai 1200 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 460 km sejam atau 286 mph. Berkuasa enjin turbocharge dan intercooler yang besar,ianya datang dengan harga USD 2.4 hingga 2.6 juta. Merupakan antara kereta paling laju di jalan raya buat masa kini.




Hennessey Venom GT


Kereta ini berharga USD 1 juta ke atas. Mempunyai kelajuan tertinggi 260mph.Mempunyai 1200 kuasa kuda dan mempunyai enjin turbocharge v8



Koenigsegg Agera R


Susah nak sebut nama kereta nie, senang panggil aje Agera.Mempunyai 1140 kuasa kuda,mempunyai enjin v8 .Mempunyai tempat pemandu dikiri atau kanan,kereta ini berharga USD 1.6 juta untuk tahun sebelum 2013. Namun jika anda mahu menukar tayar supaya sesuai dengan musim sejuk atau panas, sila tambah USD 12,000 ..untuk tukar tayar aje.... Mencapai kelajuan 0-60 km sejam untuk 2.6 saat.




SSC Ultimate Aero

Berharga 650k,mempunyai enjin v8 dengan kuasa kuda 1287.Boleh memecut dengan kelajuan tertinggi 257.4 mph atau lebih kurang 399 km sejam...





Saleen S7 Twin Turbo



Mempunyai 2 enjin turbo berkembar dengan harga USD 585,000 ,itu pada tahun 2002,mempunyai keupayaan 1000 kuasa kuda dengan enjin v8.Kelajuan maksimum 399 km sejam


Koenigsegg CCX



Generasi bagi kereta Agera,namun masih mampu berkuasa di jalan raya walaupun tidak sehebat Agera di atas.Kereta buatan Sweden ini hanya di pasaran USA,datang dengan harga 500,000 USD.Mempunyai enjin v8 dengan 806 kuasa kuda.Mampu memecut maksimum anggaran 394 km sejam.

McLaren F1


Mungkin kita dah biasa dengar nama ini, lihatlah kereta ini berada di kedudukan berapa... Sepanjang tahun 1992 hingga 1998 hanya 106 buah dikeluarkan.Mempunyai enjin v12 dengan kelajuan 386 km sejam


Zenvo ST1


Menggunakan enjin BMW v8 dengan kelajuan maksimum 374 km sejam.Harga bermula dengan USD 1.8 juta,hanya dikeluarkan 3 buah aje setiap tahun.



Noble M600


Kereta buatan tangan dari UK ini mempunyai speed tertinggi 360 km sejam. Mempunyai enjin v8 dengan turbocharge berkembar serta 650 kuasa kuda. Harga dipasaran USD 300,000 ke atas.




Gumpert Apollo


Kereta yang dicipta untuk trek perlumbaan dan juga kegunaan di jalanraya biasa. Mempunyai top speed 360 km sejam ,dilengkapi dengan enjin v8

Fakta Mengenai Pemanasan Global




Mampukah ais di Iceland ini bertahan dengan fenomena pemanasan global.


Para saintis seluruh dunia bersetuju bahawa pemanasan bumi sejak 50 tahun yang lalu adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan bukan semulajadi.Sejak Revolusi Industri,aktiviti manusia seperti pembakaran minyak fosil termasuk berbilion tan karbon ( dalam bentuk karbon dioksida),gas metana dan pelbagai gas lain,penebangan hutan( penyerap karbon dioksida) untuk pertanian dan pembandaran serta pentempatan telah menyebabkan kesan rumah hijau.Gas karbon dioksida bagaikan satu selimut besar yang membalut bumi,memerangkap haba dari sinaran matahari,penyebabkan peningkatan suhu di muka bumi hingga menyebabkan perubahan iklim berlaku.


Perubahan purata suhu global yang kecil akan menyebabkan perubahan iklim yang ketara.Ini boleh dijelaskan dengan membandingkan purata suhu global dengan zaman ais dengan purata suhu global pada hari ini.Dengan menggunakan 100 tahun data iklim,komputer berupaya memberikan gambaran bahawa kebanyakan kawasan akan menjadi lebih panas.


Sebelum aktiviti manusia mula meningkatkan paras karbon dioksida pada atmosfera secara mendadak,jumlah pelepasan karbon dioksida secara semulajadi adalah berkait rapat dengan jumlah serapan karbon dioksida melalui proses semulajadi.Namun begitu semua telah berubah sejak Revolusi Industri bila manusia mula melepaskan karbon dioksida dua kali lebih banyak daripada yang diserap oleh laut(plakton,menyerap karbon dioksida seperti hutan ) dan hutan semulajadi.ini menyebabkan paras karbon dioksida jauh lebih tinggi berbanding dengan 420,000 tahun yang lalu.


Walaupun karbon dioksida dapat mempercepatkan kadar pertumbuhan tumbuhan dalam keadaan tertentu,namun perubahan iklim yang disebabkan oleh karbon dioksida juga akan melambatkan kadar pertumbuhan tumbuhan di banyak tempat yang menghadapi kemarau,banjir dan gelombang panas (heat waves)


Iklim dan cuaca adalah berbeza.Cuaca hanya merujuk kepada suhu,hujan dan ribut pada suatu hari dalam tempat tertentu sahaja.iklim pula merujuk kepada purata jangka masa panjang pada tempat yang besar seperti kontinen (benua) atau bumi.

Sumber: Era hijau 2007

Haiwan Sentinel- Amaran Awal Kepada Manusia

Haiwan merupakan makhluk Allah yang mempunyai kelebihan berbanding manusia.Kemampuan haiwan untuk mengesan sebarang perubahan di sekelilingnya,sama ada perubahan biologi,udara atau kedatangan bencana alam memang dikagumi serta sudah terbukti.Cumanya kita sebagai manusia atas dasar 'ketua' segala makhluk di bumi ini gagal membaca perubahan sikap atau mood haiwan di sekeliling kita.Hijau lestari mengajak anda semua meninjau apakah itu haiwan sentinel?


Haiwan sentinel berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud menara pengawal(watch tower) yang mana pengawal menara selalunya akan memberi amaran awal tentang sesuatu perkara.Sejak sekian lamanya haiwan digunakan sebagai agen untuk melihat sebarang perubahan di sekeliling manusia.Di awal tahun 1900,burung kenari digunakan oleh pelombong arang batu untuk enghidu gas karbon monoksida di dalam lombong arang batu.Para Pelombong akan memakai alat bantuan pernafasan jika burung kenari di lihat dalam keadaan tertekan.

Haiwan sentinel memberikan amaran kepada manusia bahaya yang akan menimpa bumi.Mereka mampu menjangka bahawa gempa bumi atau ribut taufan akan berlaku.Haiwan sentinel mampu merasai pertukaran magnetik di dalam atmosfera dan juga haiwan pertama yang terjejas akibat pencemaran...kasihan mereka.....Malahan menurut definisi biologi juga haiwan sentinel mampu merasi perubahan persekitaran yang biasa termasuklah kehadiran agen asing termasuklah virus!

Mari kita lihat contoh amaran awal haiwan sentinel ini.Sewaktu bencana tsunami dulu yang melanda Asia Pasifik termasuklah Malaysia( tentang tsunami boleh rujuk penulisan saya tahun lepas :D ),sebelum kedatangan tsunami berjuta-juta gamat ( sea cucumber) membanjiri pantai di Kuala trengganu,Setiu,Besut dan Kota Bahru.Malahan ada nelayan mendakwa ternampak puluhan ikan lumba-lumba berenang terlalu hampir dengan pantai.Malahan ikan sendiri terdampar di pantai dengan banyaknya sebelum kedatangan tsunami yang dashyat itu.Malahan di Thailand di laporkan banyak haiwan yang meninggalakan kawasan hutan ke tempat lebih tinggi
Begitu juga dengan kehadiran ribuan katak yang muncul sebelum berlakunya gempa bumi yang dashyat di China tahun lepas.Malahan haiwan di zoo di China sebelum kedatangan bencana gempa bumi menunjukkan kelakuan yang ganjil.Antaranya termasuklah kuda belang,singa dan lainnya.



Memerang Laut digunakan di California untuk mengesan pencemaran petroleum,bakteria,bahan kimia seperti tributyltin yang digunakan di dalam cat kapal.





Penyakit kucing menari(dancing cat disease) pernah berlaku di Minamata,Jepun tahun 1956,sebelum wabak ini( akibat memakan ikan mengandungi raksa) berlaku kepada manusia.Kucing telah memberikan tandanya tetapi manusia gagal memahami petunjuk itu




Ikan "bluegill" ini digunakan di Amerika Syarikat untuk memantau pencemaran bahan kimia di dalam air bawah tanah.Nampak macam ikan talapia



Nampak kita sebagai manusia sepatutnya perlu lebih prihatin dengan tingkah laku haiwan.Haiwan ini tanpa disedari atau tidak akan mengeluarkan tanda-tanda melalui tingkah laku serta metabolisme.Jika manusia mampu membaca tanda-tanda ini lebih awal,maka kita lebih bersedia untuk menghadapi bencana atau ancaman yang tiba....alahai terasa kerdilnya manusia kerana manusia yang dianggap makhluk paling bijak ini masih belum dapat menandingi haiwan di dalam mengesan sebarang perubahan ancaman serta bahaya.

Bantuan Khas RM 100 Dipolitikkan ?



Bantuan kewangan RM 100 kepada pelajar yang mula diagihkan pada minggu akhir persekolahan sedang berjalan. Bantuan tersebut diberikan selaras dengan pengumuman yang di buat di dalam budget baru-baru ini. Penulis merasakan wajar untuk pihak kerajaan memberikan bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan. Cuma yang difikirkan semula ialah cara atau bagaimana duit itu boleh disalurkan kepada pihak pelajar supaya ianya telus dan tidak membebankan bagi pihak guru, pelajar dan ibu-bapa mereka.

Apa yang berlaku di dalam minggu akhir persekolahan bantuan khas RM 100, keadaan menjadi sedikit kecoh. Untuk makluman, pihak kakitangan sekolah terutamanya guru terlalu sibuk apabila sessi persekolahan tamat, banyak kerja-kerja , terutamanya kerja-kerja perkeranian yang perlu dibereskan. Dari fail sehinggalah ke pada akaun kewangan yang perlu ditutup. Di dalam hal ini bantun RM 100 perlu difikirkan semula cara pemberiannya. Oleh kerana pihak guru agak sibuk, sepatutnya jadual yang disusun oleh guru untuk memberikan duit tersebut dipatuhi, namun apa yang berlaku sebaliknya. Kebanyakan sekolah meminta supaya pelajar mesti datang bersama-sama dengan ibu -bapa untuk mengambil wang tersebut. Namun syarat yang diletakkan pemberian tersebut mesti dihadiri oleh pihak yang terlibat dengan kerajaan, biasanya adun atau wakil kerajaan.Namun jadual tersebut agak sukar dipenuhi oleh pihak berkenaan. Akibatnya ramai ibu-bapa yang terpaksa menunggu agak lama, malahan sehingga ke petang. Memang ada yang akan berkata, hai bende-bende cam gini guru tak boleh uruskan ke? Bukan macam tu bang, sebenarnya urusan pemberian ini melibatkan pihak luar, iaitu ibu bapa dan juga pihak adun atau wakil adun tersebut. Malahan terdapat banyak rungutan dari pihak ibu-bapa kerana terpaksa menunggu lama. Apakah perlu menunggu orang politik datang ke sekolah sebagai tanda keprihatinan kerajaan? Atau ini merupakan peluang untuk memperkenalkan diri , sebab pilihanaraya sudah semakin dekat? ianya dipertikaikan kerana sebelumnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang sentimen, kegiatan dan juga kempen kepartian. Bagaimana jika duit itu diuruskan oleh pihak sekolah secara terus, kumpulkan akaun bank pelajar dan serahkan pada pihak kementerian pelajaran untuk uruskan duit tersebut, secara bank in contohnya. Bukan akan ada yang mengatakan pihak guru nie mengada-ngada, tetapi bagaimana dengan kes duit tersebut dipotong oleh pihak sekolah sperti yang berlaku sebelum nin. Ia mengundang respon dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meminta sekolah jangan memotong duit tersebut untuk kegunaan sekolah itu sendiri.

Penulis berpendapat tidak salah duit itu disalurkan kepada pihak pelajar dan ibu bapa. Namun harus diingat tidak perlu memanggil pihak yang terlibat dengan kepartian untuk menyerahkan duit tersebut. Harus diingat ini bukanlah duit parti( walaupun yang datang itu ialah wakil parti atau pihak berkenaan ) ,ianya ialah duit kerajaan Malaysia. Penulis tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa di dala hal ini. Memang rakyat mesti di bantu, biarlah ianya telus, kerana ahli polotik seperti biasa, menggunakan retorik,semata. Ya, Duit ini ialah bantuan dari pihak kerajaan ,namun duit ini sebenarnya tidak harus disalahgunakan oleh pihak sekolah, atau membebankan pihak guru, atau disalah ertikan..sehingga diberi pengertian kempen politik..kan guru dan pelajar tidak dibenarkan terlibat atau menganjurkan sebarang aktiviti kepartian di sekolah. Sekolah bukan flatform untuk berpolitik. Maafkan penulis jika entry ini agak kritis...namun renungkanlah dengan teliti...

Bangunan Tertinggi Di Dunia



Bangunan tertinggi di dunia merupakan smart building,yang menjadi kemegahan bagi sesebuah negara,Kewujudannya merupakan satu promosi serta melambangkan jenama serta kemajuan teknologi kejuruteraan serta kebijaksanaan idea manusia.namun kewujudan pelbagai bangunan tertinggi di dunia sepatutnya menginsafkan manusia bahawa manusia di anugerahkan oleh Tuhan dengan keistimewaan akal fikiran serta ilmu.Marilah kita lihat antara senarai bangunan yang pernah dan akan menjadi bangunan tertinggi di dunia.Di dalam kajian geografi bandar fenomena ini sangat berkait rapat dengan dasar atau polisi sesebuah negara di dalam menjenamakan negara masing-masing melalui bangunan yang 'bijak'.








Empire State Buiding
  • New York City Amerika Syarikat


  • 102 Tingkat dan siap di bina pada tahun 1931.


  • Salah satu bangunan pencakar langit terkenal dari tahun 1931-1972


  • Berbentuk seperti pensil ditarik dari laci


  • Tingkat 86nya adalah untuk pemerhatian dan menerima pengunjung seramai 3.5 juta setiap tahun.


  • Bangunan kebanggaan Amerika Syarikat.




Menara Sears (Sears Tower)
  • Terletak di Chicago Amerika Syarikat


  • Siap dibina pada tahun 1973


  • 110 tingkat


  • Bilangan lif 104


  • Menjadi bangunan tertinggi di dunia antara tahun 1973 -1998.


  • Bangunan Taipei 101 lebih 19 tingkat daripada Sears Tower.


  • Bangunan berbentuk sekumpulan tiub dengan sembilan permukaan.






Menara Jin Mao
  • Terletak di Shanghai China


  • Mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1998


  • Setinggi 93 tingkat


  • Berbentuk Pagoda


  • Merupakan bangunan tertinggi di negara China dan ke lima tertinggi di dunia




Menara Berkembar Petronas
  • Terletak di Kuala Lumpur


  • Di bina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998


  • Setinggi 88 tingkat


  • Berbentuk pagoda


  • Menggunakan bahan logam dan aluminium


  • Menjadi bangunan tertinggi di dunia selama 7 tahun sehingga tahun 2003 sebelum diambil alih oleh bangunan Taipei 101.


  • Kemuncaknya melebihi 30 meter berbanding dengan Sears Tower Amerika Syarikat.


  • Terdapat jambatan atau skybridge di tingkat 41 -42 dan di buka kepada orang ramai.




Menara Taipei 101
  • Terletak di Taipei Taiwan

  • Di bina pada tahun 1998 dan siap pada tahun 2004

  • Setinggi 101 tingkat

  • Berbentuk pagoda

  • Bahan binaan merupakan kaca dan logam

  • Pada tahun 2003 mencapai status bangunan tertinggi di dunia.

  • 101 bermaksud berusaha mencapai kesempurnaan.






Gambaran komputer bangunan Al Burj Dubai Qatar

Al Burj
  • Terletak di UAE
  • Bangunan tertinggi setakat ini di dunia
  • Masih di dalam pembinaan
  • Pembinaan bermula pada 2004 dan dijangka siap 2009
  • Setinggi 160 tingkat
  • Melibat kejuruteraan dari negara Amerika Syarikat,Jerman dan negara Qatar sendiri