Saturday, 8 December 2012


Ambik Pengajaran dengan ape yang berlaku

Belajar Dari Gambar Ini !!! (Untuk Couple)

kepada yang couple2 tu...tolong belajr dari gambar ini.. buat apa yang perlu....







SEBUAH treler (dalam bulatan) melayang semasa puting beliung melanda bandar Dallas-Fort Worth, Texas kelmarin
03 April 2012 : Kota Dallas di Texas dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi.

Dalam video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, kelihatan angin taufan puting beliung ini melanda sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya menerbangkan trailer - trailer di lokasi tersebut ke udara.

Angin taufan tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan  lebih kurang 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu - batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai kematian.

Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu jalan.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melanda Utara Texas.

Bahaya Hp Buatan China (Mesti Baca)

bro2 sekalian...
aku sndiri dah paki phne china ni dah setahun...
baik buruk kesannya bgantung pda individu dan pendapat masing2. kpda yang mementing kan gaya nak tunjuk kn org lain yang phne korang tu ori, power, mahal, function byak,bla bla bla,then tak pyhla buang masa komen bab ni. diri aku sndiri dah guna. tahnlam atau tidak bgantung pd a kit.kalu jatuh, hp mana pun akan rosak.jgn kata tak rosak..jgn ada yang bagga hp jth tak rosak plak,tu cuma blm rosak je..cube try jtuhkan lg?

kesimpulannya bgantung pada attitude korang sendri.pada aku?
aku nka guna lebih dri 1 no. supaya sesuai dgn keje aku.1 lne keje 1 line peribadi. so aku amik dual sim phone.
kenapa aku amik china pnya dual sim?
sb pda masa aku beli tu takda lg phne lain yang dual sim.
aku guna phne utk buat pgglan je.and sms. yang lain tak pentinfg pda aku. pda aku phne pntg dlam urusan harian and in this matter ianya tntang kerjaya aku. aku tak plu memikirkan untuk mghabiskan sejumlah wang yng tggi untuk bli ori ynag dual sim yang pda aku kalau dah nasib akn jtuh atu hilang atau curi akn membuat diriku menagis kesepian.
lebih baik aku beli hp china. bru dlm ligkungan 3-4 rts.kalu aku nak guna 2 no? and bli yang ori?, tak ke mampus aku kena kuar ribu2?
ye ye kalu beli hp harga 1rts lebih 2bijik ape salah kan?aku pn kata cuma nk sma and call je kan?
kau nak ke bwak 2 bijik phne dalm poket kehulu hilir?
kembung poket.
nampak selekeh.
korang nk?aku taknak .sape nak buatla.aku tak halang.ni pndapat aku je.aku nk bwa 1 phne je yang 2 no bleh di contact. customer aku bleh call, and fmily aku bleh call.berasingan.+ dpt tgk tv free...
jimat duit api.
and tak plu byar ape2 byarn bulanan.
sape yang hang tu aku tak tau la...korang cri yng seakan akan nokia yang berbunyi N88 N77 bla bla...awat nk ikut.cri je phne yng kornag nk guna .bkn bunyi jenama mcm dkat2 yng ori..sdgkan dah tau china.ape la wei.
kesimpulann7ya....seblm beli tetapkan ape jenis and fungsi korang nak. pastu tnya diri tu mampu ke tak...jgn jd member aku... sggup beli 2k lebih semata nk 3g dgn awek2. siap pakai bill lg. last2 tak mampu byr bill.
and sampai skg pd aku kalu duit 2k tu dia byar down payment kete lg bgus. tak la guna phne harga beribu ribu limau tp naik moto basah.semua nak gaya je lebih.
pada aku tu semua hak and pndapat korang la.aku bli bkn sebab aku tak mampu beli mahal.tp pda aku hp adalah KEPERLUAN dlm hidup sekarang. itu BENAR. TP MODEL , JENAMA and HARGA phne hnyalah KEHENDAKbkan kEpERLUAN masing2. MUKTAMAD.
dah besar bleh pkir. aku mampu..aku ada company sendiriaku ada duit.tp buat ape bzirkan pda sesuatu yng kita tak tau someday akan rosak or hilang dan buat rugi je duit beribu2 dah kuar. aku tanak bazir.duit hasil titik peluh aku takan sama sekali aku endah tak endah perkara seumpama ini. itu pndapat aku...

JANGAN BELI BARANGAN BUATAN CHINA




Semua tahu barangan buatan China tak berapa bagus. Apatah lagi barang-barang yang boleh membawa ancaman nyawa macam dekat atas ni. Pistol .44 Magnum pun tak dapat lawan kehebatan peluru buatan China. Hahaha :3



Awas Kobis Tiruan Buatan China (Penting!!)


Jika dahulu kita heboh tentang telur Palsu atau tiruan dari china,,,,namun sekarang sayur-sayuran juga mereka palsukan..

entah apakah bahan dan ramuan yang mereka gunakan,,,jom kita lihat cara-cara membuat kobis palsu













MISTERI 90 IKAN PAUS TERDAMPAR DI PERAIRAN NEW ZEALAND

Sekumpulan 90 ekor paus spesies pilot terdampar di sebuah lokasi tumpuan pelancong di Golden Bay, Nelson di New Zealand..
Sekumpulan 90 ekor paus spesies pilot didakwa terdampar di sebuah lokasi tumpuan pelancong di Golden Bay, Nelson di New Zealand, di kawasan sama di mana tujuh ekor haiwan mamalia itu ditemui mati di tepi pantai pada awal bulan ini.
Pengurus jabatan pemuliharaan serantau, John Mason berkata, kaki tangan jabatan tersebut dan sukarelawan berusaha untuk memastikan kesemua ikan paus itu dapat hidup sehingga air laut pasang bagi membolehkan ia terapung dengan sendiri.
Awal bulan ini, 25 ikan paus terdampar di tepi pantai itu dan 47 lagi dilaporkan mati di kawasan sama kira-kira dua bulan lalu.
Difahamkan, ikan paus pilot tersebut sering ditemui di perairan New Zealand dan insiden itu telah mencetuskan persoalan yang diang­gap misteri bagi penduduk setempat.

MISTERI BOLA METALIK GERGASI JATUH DARI LANGIT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hurmmm.. Misteri.. Misteri.. Benda apa la agaknya ni.. Bom? UFO? Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia..
 
WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya.

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis.

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis.

MISTERI BATU AJAIB DI BATU SANGKAR

Pelik tapi benar.. Kemuculan sebuah batu ajaib yang diberi nama angke-angke di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah tersebut yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya.. Batu ajaib ni dikatakan boleh menjadi terlalu berat dan ringgan seperti kapas mengikut keyakinan orang yang cuba mengangkatnya..
BATU SANGKAR - Kemunculan batu ajaib di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya.

Batu ajaib yang diberi nama angke-angke itu dikatakan boleh menjadi terlalu berat dan ringan seperti kapas mengikut keyakinan orang yang cuba mengangkatnya.

Batu itu dipercayai mempunyai kuasa sakti dan untuk mampu mengangkatnya, seseorang itu perlu membaca doa tertentu.

Ramai pengunjung yang datang cuba mengangkatnya tetapi tidak berjaya kerana berat batu itu boleh mencapai sehingga beratus-ratus kilogram.

Bagaimanapun penjaga batu ini akan memberikan petua bagaimana untuk mengangkat batu itu jika pengunjung membeli cenderamata yang dijual oleh mereka.

Batu ajaib ini dilaporkan telah mula dikunjungi orang ramai sejak 100 tahun lalu dan sebanyak tujuh generasi telah menjaganya.

Ular Sawa Peliharaan Terbesar Di Dunia


Namanya Medusa dan kini beratnya lebih 136 kilogram manakala panjangnya pula 7.62 meter. Untuk mengangkatnya, sekurang-kurangnya 15 orang dewasa diperlukan. Dengan berat dan panjang itu, Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia.
Medusa dipelihara di Edge of Hell di Kansas City, memakan kira-kira 18 kilogram haiwan seminggu. Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan lebih 454 kilogram makanan. Makanan utama Medusa terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu.

Kesatuan Eropah Kenakan Sekatan Ke Atas Produk Israel

NAZARETH, (PIC)– Kesatuan Eropah telah mengancam untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Israil termasuk sekatan ke atas produk-produk dari penempatan Yahudi yang dibangunkan secara haram di atas tanah penduduk Palestin sebagai tindak balas terhadap pembangunan projek berterusan dan perluasan penempatan di wilayah jajahan. Akhbar Ibrani Maˈariv menyiarkan pada hari Khamis bahawa terdapat usaha Eropah untuk menggubal undang-undang bagi menghalang produk penempatan melalui pelabelan untuk membezakan mereka daripada produk-produk lain di pasaran Eropah, protes terhadap keputusan Israil untuk membangunkan tiga ribu unit rumah baru di Tebing Barat dan bandar jajahan Jerusalem.
Akhbar memaklumkan bahawa Kesatuan Eropah akan membentangkan draf undang-undang kepada Jawatankuasa Menteri Luar Kesatuan Eropah untuk meluluskan undang-undang tersebut

Lagi filem baru hina Rasulullah muncul “The Innocent Prophet”

Selepas filem laknat Innocence of muslim yang menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ditentang hebat oleh umat Islam, kini filem ter baru yang menghina Nabi muncul lagi. Pada 07 Disember 2012, Kementerian Dalam Negeri Belgium meningkatkan status keselamatan menjadi tahap tiga, tahap kritikal adalah empat akibat munculnya filem yang menghina Nabi.
Imran Firasat, orang Pakistan yang tinggal di Sepanyol, adalah orang yang memfilimkan cerita tersebut. “Innocence of Muslims adalah filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat yang memberikan inspirasi umtuk membuat filem ini” kata Verasat.
Imran Firasat seorang pemuda Pakistan yang melepaskan keislamannya (Murtad) dan tinggal di Sepanyol diyakini menyokong permusuhan terhadap Islam di Sepayol. Dia mempunyai laman di internet yang khusus untuk menyerang Islam.

Keajaiban Dunia kini


Inilah keajaiban dunia yg kita sndiri x perhan mengetahuinya

Lawak Polis



Orang asli : "Selamat pagi tuan"
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

Kenape Rezeki kita Sempit ???......

Allah SWT menciptakan semua makhluk telah sempurna dengan pembagian rezekinya. Tidak ada satu pun yang akan ditelantarkan- Nya, termasuk kita. Karena itu, rezeki kita yang sudah Allah jamin pemenuhannya. Adakah sungguh sungguh mencarinya atau tidak? Yang lebih tinggi lagi benar atau tidak cara mendapatkannya. Rezeki di sini tentu bukan sekadar wang. Ilmu, kesehatan, ketenteraman jiwa, pasangan hidup, keturunan, nama baik, persaudaraan, ketaatan termasuk pula rezeki, bahkan lebih tinggi nilainya dibanding wang ringgit.

Walau demikian, ada banyak orang yang dipusingkan dengan masalah pembagian rezeki ini. “Mengapa sukar memperolehi rizqi, padahal sudah mati-matian mencarinya?” “Mengapa ya saya gagal terus dalam perniagaan?” “Mengapa hati saya tidak pernah tenang?” Ada banyak penyebab, mungkin cara mencarinya yang kurang profesional, kurang serius mengusahakannya, atau ada keadaan atau situasi yang menyebabkan Allah Azza wa Jalla “menahan” rezeki yang bersangkutan. Poin terakhir inilah yang akan kita bahas. Mengapa aliran rezeki kita tersumbat? Apakah penyebabnya?

Allah adalah Dzat Pembagi Rezeki. Tidak ada setetes pun air yang masuk ke mulut kita kecuali atas izin-Nya. Karena itu, jika Allah SWT sampai menahan rezeki kita, pasti ada sesuatu yang salah yang kita lakukan. Setidaknya ada lima hal yang menghalangi aliran rezeki.

Pertama, tahap tawakkal di hati. Dengan kata lain, kita berharap dan menggantungkan diri kepada selain Allah. Kita berusaha, namun usaha yang kita lakukan tidak dikaitkan dengan-Nya. Padahal Allah itu mengikut prasangka hamba-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukan-lah yang akan ia terima. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Demikian janji Allah dalam QS Ath Thalaaq [63] ayat 3.

Kedua, dosa dan maksiat yang kita lakukan. Dosa adalah penghalang datangnya rezeki. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan oleh perbuatan dosanya.” (HR Ahmad). Saudaraku, bila dosa menyumbat aliran rezeki, maka tobat akan membukanya. Andai kita simak, doa minta hujan isinya adalah permintaan tobat, doa Nabi Yunus saat berada dalam perut ikan adalah permintaan tobat, demikian pula doa memohon anak dan Lailatul Qadar adalah tobat. Karena itu, bila rezeki terasa seret, perbanyaklah tobat, dengan hati, ucapan dan perbuatan kita.

Ketiga, maksiat saat mencari nafkah. Apakah pekerjaan kita dihalalkan agama? Jika memang halal, apakah benar dalam mencari dan menjalaninya? Tanyakan selalu hal ini. Kecurangan dalam mencari nafkah, entah itu korupsi (waktu, uang), memanipulasi timbangan, praktik mark up, dsb akan membaut rezeki kita tidak berkah. Mungkin wang kita dapat, namun berkat dari wang tersebut telah hilang. Apa ciri rezeki yang tidak berkat? Mudah menguap untuk hal sia-sia, tidak membawa ketenangan, sulit dipakai untuk taat kepada Allah serta membawa penyakit. Bila kita terlanjur melakukannya, segera bertobat dan kembalikan harta tersebut kepada yang berhak menerimanya.

Keempat, pekerjaan yang melalaikan kita dari mengingat Allah. Bertanyalah, apakah aktiviti kita selama ini membuat hubungan kita dengan Allah makin menjauh? Terlalu sibuk bekerja sehingga lupa solatt (atau minimal jadi telat), lupa membaca Alquran, lupa mendidik keluarga, adalah contoh-contoh pekerjaan kita tidak berkat. Jika sudah demikian, jangan heran bila rezeki kita akan tersumbat. Idealnya, semua pekerjaan harus membuat kita semakin dekat dengan Allah. Sibuk boleh, namun jangan sampai hak-hak Allah kita abaikan. Saudaraku, bencana sesungguhnya bukanlah bencana alam yang menimpa orang lain. Bencana sesungguhnya adalah saat kita semakin jauh dari Allah.

Kelima, enggan bersedekah. Siapapun yang kedekut, niscaya hidupnya akan sempit, rezekinya kurang. Sebaliknya, sedekah adalah penolak bala, penyubur kebaikan serta pelipat ganda rezeki. Sedekah bagaikan sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat (QS Al Baqarah [2]: 261). Tidakkah kita tertarik dengan janji Allah ini? Maka pastikan, tiada hari tanpa sedekah, tiada hari tanpa kebaikan. Insya Allah, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki-Nya untuk kita. Amin.

Cerita Seorang Ibu (mesti baca)


Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Hadapi dengan senyuman

Beberapa tahun yang lepas kita gempar dengan berita gempa bumi, kebanyakan dari kita turut merasai gegaran hingga sempat mencetuskan rasa 'kecut perut', namun syukurlah, alhamdulillah kita semua masih selamat.

Allah pernah berfirman bahawa manusia tidak dikira beriman selagi mereka tidak diuji. Makanya, sebagai orang yang beriman, kita haruslah sentiasa siap siaga untuk menerima sebarang apa jua ujian dari Allah swt.

Dalam kemalangan, apakah kita ada kuasa untuk memilih dengan kereta siapa kita akan berlanggar? Atau adakah kuasa kita untuk menentukan bila dan di mana lokasi kita akan ditimpa malang? Apakah kita berkuasa menentukan berapa kali kereta kita akan berputar dan bergolek? Adakah kita berhak untuk menentukan, samada kita cedera di kaki atau di tangan?

Jawapannya, jelas dan nyata. Tidak. Bukan kuasa kita untuk menentukan apa bentuk ujian yang akan menimpa kita. Bukan hak kita untuk menentukan sedalam mana kita terluka bila di uji.

Apa yang boleh kita lakukan adalah bersabar dan redha. Sapu airmata. Kemudian bangkit semula menjadi manusia yang lebih kental. Hadapi dengan senyuman, biar sedalam mana luka ditoreh. Insyaallah. Allah lebih mengerti.

Rezeki Milik Allah

Bagaimanakah kita dan iman kita jika dibandingkan sebelum dan selepas Ramadhan pada tahun lepas? Adakah lebih baik atau sebaliknya? Jika di bulan Ramadhan kita tekun membaca Quran, melakukan solat-solat sunat, apakah kita sama juga setelah Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah tiba? Wallahua'alam.. Kita tahu jawapannya.

Kehidupan kita pula bagaimana ya? Perhubungan kita dengan sesama manusia. Status kewangan dan sebagainya, hmmm.. Masih ada dikalangan kita yang masih gundah gulana memikirkan tentang masalah kewangan ya? La tahzan..

Ingatlah. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki. Oleh itu, bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Biarpun sedikit. Dan. Moga di dalam yang sedikit itu, ada keberkatan. Apatah lagi dalam yang banyak.

Bersyukur bukan bermakna kita harus mudah berasa puas hati dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita malas untuk berusaha lebih gigih. Dan kita juga tidak seharusnya tiada lagi keinginan untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Bersyukur biarlah kena pada konteks dan tuntutan syariat Islam. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Jangan pula sesekali menyesali nasib diri dan menyalahkan takdir Ilahi.

Allah telah berfirman..

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. [Al-Baqarah : 245]

Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. [Isra : 30]

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tetap tiap-tiap sesuatu. [Al-Ankabut :62]

Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman. [Rum : 37]

Saba’ [36] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Az-Zumar [52] (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).

As-Syura (As-Shura) [12] Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Maka, saya menyeru sahabat sekalian dan diri sendiri jua adanya agar sentiasa bersyukur dengan anugerah dan kurniaan dari-Nya.

Jika kita merasa susah, ingatlah bahawasanya lebih ramai manusia yang jauh lebih susah daripada kita. Jika kita keliru dan ternanti-nanti peluang kerja yang lebih baik, ingatlah bahawasanya berapa ramai diluar sana yang menganggur, malahan terpaksa mengemis dan membuat kemungkaran seperti merompak dan mencuri demi mendapatkan sesuap nasi. Syukurlah.. Setidaknya tulang empat kerat kita masih dapat berfungsi dan masih lagi mampu berbakti kepada kita. Alhamdulillah. Kita masih mampu mencari rezeki yang halal.

Jangan dikesali kenapa gaji kita tidak setinggi orang lain.. Seeloknya bermuhasabahlah. Ketahuilah, setiap apa yang Allah tentukan, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Positif dan optimis sentiasa, moga kita dirahmati Allah. InsyaAllah.

Selamat datang, Ramadhan yang ku rindui. Moga kita sempat bertemu..

Lawak (Nak cite pon malas)

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Cerita Sahabat (Sedih) mesti baca

kawan baik. Aku tak pernah ada kawan baik yang baik dengan aku untuk satu tempoh yang lama. :) 
satu kawan baik aku yang aku tak pasti dia akan ingat aku ini kawan baik dia ke tak
time aku belajar kat Gombak. 
situasinya, aku demam dan dia juga demam dan waktu tu kat rumah sewa kami tak ada sesiapa
masing-masing lapar dan tak larat nak turun bawah beli
akhirnya dia bangun dan masakkan untuk kami bubur nasi


Aku nak nangis masa tu. serius terharu. tapi aku tahan. lepas tu dengan berselubung selimut kami makan bubur tu panas. Nak dijadikan cerita, bf aku time tu datang rumah nak pulangkan laptop aku. Itupun lepas 2 3 hari aku mintak. Rupanya, dia bukan setakat datang hantar laptop tapi dia pulangkan hati aku sekali.


Kau demam lepas tu bf kau buang kau. sakit kan? Dan dia. Dia yang aku panggil baik tu yang tenangkan aku. dia peluk aku. Dia suruh aku sabar. Dia baik. Aku berpeluang jumpa family dia time raya tahun bila aku tak ingat. family aku jumpa family dia. Dan dah lama kami lost contact. baru-baru ini dari seorang kawan, aku dapat tahu ayah dia dah kembali ke rahmatullah. Semoga kau tabah ya kawan. maafkan aku sebab  tak ada dengan kau waktu itu...
 
Tapi bukan itu aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita tentang seorang kawan dunia maya aku. 
Dia, terlalu istimewa untuk aku. Sangat istimewa.
Seingat aku, aku perasan yang dia ada dalam list kawan kat FB aku masa aku dengan Sang Pencinta
Sejak detik itu aku berkawan dengan dia.
Dan aku semakin rapat dengan dia masa aku dengan Iman.
Aku pernah call dia nangis-nangis sebab masa itu aku tengah belajar terima kehilangan Iman dari hidup aku. 
Lama weh gayut. Dia pujuk aku. Dia nangis sama dengan aku. 
Kemudian, makin hari makin rapat. makin rapat. sampai aku rasa aku sayang dia sangat-sangat. 
Dengan kemodenan yang ada, Wassap digunakan sebaik mungkin.
Cuma aku tak suka mesej. Dia yang selalu mulakan conversation.
Bukan sombong cuma aku rasa kalau hari2 mesej, aku tak sempat rindu dia.


Dan hari ini aku rasa dah hampir 2 tahun kami berkawan.
Aku bahagia dengan dia.
Aku harap Tuhan bahagiakan dia sebab dia selalu cuba bahagiakan aku.
Dia selalu dengar masalah aku.
Dia bagi aku pinjam bahu dia.
Dia tak pernah buat aku rasa keseorangan.
Dia selalu ada dengan aku..


Ya, aku tak pernah jumpa dia. 2x dah planning nak pergi.
Tapi terpaksa cancel.


" Jemah, Jenab sayang awak. Jenab harap, persahabatan ini sampai kita mati. Jenab tak ada apa nak bagi pada awak. Tapi kalau awak ada apa-apa nak kongsi, Jenab ada tau. Saaaaaaaaaaaaaayang Jemah! "

Tentang Seorang Sahabat

Tiba-tiba aku terkenangkan dia, seorang sahabat. Sahabat yang pernah hadir dalam hidup aku semasa belajar dahulu. Seorang sahabat yang mengajar aku erti kejujuran dalam persahabatan.

Dia memang baik. Baik sangat. Walaupun kami berlainan jantina dan agak berbeza tone kulit (aku perempuan, dia lelaki. Aku berkulit sawa matang, manakala dia lebih cerah dan putih. Aku sering katakan kepadanya yang kami tak ubah macam tahi cicak. Hitam dan putih) namun keakraban dan persefahaman kami memang tidak dapat dinafikan.

Dia sering ceritakan tentang dirinya. Hidup bersama datuk dan nenek setelah ibu bapanya berpisah. Sentiasa tersisih, terkurang kasih sayang. Namun aku akui, dia memang sangat baik. Hingga kini, aku tak jumpa seseorang yang lain sebaiknya. Tak pernah jumpa lagi selepas itu.

Ada yang anggap kami pasangan kekasih. Ada juga yang anggap akulah orang ke tiga berlakunya perpisahan antara dia dan kekasih hati kesayangannya itu. Itupun aku tahu setelah habis belajar. Setelah dah kerja bertahun-tahun pun. Dan aku, terkedu seketika. Tak pernah terfikirpun tentang itu kerana dalam kepalaku telah disetkan bahawa dia “sahabat” aku dunia akhirat. Dan dia juga sering nyatakan begitu.

Lagi pula, semasa dia couple dengan seorang junior kami, aku juga sedang couple dengan orang lain. Namun, tidak siapa tahu tentang couple aku itu kerana teman-temanku tidak pernah nampak aku dating pun. Jadi, ramai yang menganggap aku ni pelajar yang “tak laku”. Maklumlah, masa belajar dulu, aku ni agak “skima” sedikit menurut pendapat teman-teman.

Aku kenal rakan couple sahabatku itu kerana kami bernaung di bawah dua persatuan yang sama. Baik orangnya. Cantik. Sopan. Malah, segala-galanya ada. Dia memang ada pakage yang lengkap. Bila dengar yang sahabat baikku itu mula nak bercouple dengan si junior lawa itu, aku bertemu dengannya secara personal. Hari tu kami ke Kajang dan makan sate kajang. Tak pernah lagi aku keluar secara bersendirian dengannya. Berdua. Itulah pertama kalinya. Biasanya, kalau kami makan, kami akan makan secara ramai-ramai di kafetaria. Masa makan sate Kajang itulah aku tanyakan dia, betul ke tidak hal itu. Dan dia mengiakannya. Dia beritahu aku yang dia memang benar-benar sayangkan junior itu. Aku sendiri dapat rasakan kesungguhannya itu. Aku dapat lihat pada raut wajahnya.

Dan hari itu, aku katakan kepadanya agar dia sentiasa jaga si junior itu. Jangan lukakan hatinya. Dia perempuan yang baik. Sebelum ini sahabat aku tu selalu ceritakan tentang dia terpaksa mengelak daripada bertemu dan rapat dengan beberapa orang teman seangkatannya. Jadi, aku agak bimbang andai dia sebenarnya hanya nak main-mainkan perempuan itu saja.

Semua itu berlangsung dengan indah selama dua tahun. Junior itu memang tahu keakraban kami. Dia juga tahu yang aku juga sudah punya pacar, namun tidak siapa antara mereka tahu siapa orangnya. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu hal itu. Aku juga tidak cuba untuk kenalkan pacarku itu dengannya atau teman-teman persatuan yang lain. Kalau ikutkan lagu Siti Nurhaliza, “biarlah rahsia”!

Kata orang, langit tidak selalu terang. Dia yang terlalu baik itu akhirnya terhempas hatinya. Pecah serpih. Pada masa itu dia tengah praktikal. Kegusaran, kecelaruan buatkan setiap hari dia hubungiku termasuklah pada masa cuti panjang. Kekecewaannya yang besar itu buatkan dia hilang rasa untuk teruskan perjalanan hidup ini. Dia hilang kawalan diri. Dia putus asa. Dia bagai mayat hidup, hanya sekadar hidup kerana punya nyawa. Dan aku, menjadi sandarannya. Menjadi tempat dia luahkan segala kegalauan hatinya. Akulah pendengar setia kisah dukanya. Segala-galanya. Ketika itu, hanya semangat, pendapat dan kata-kata perangsang sahaja mampu aku berikan.

Ketika dia dihantar bertugas di Sabah pun, dia selalu bazirkan bilnya untuk hubungiku. Hinggalah pada suatu malam, dia tanyakan khabar tentang pacarku. Hanya pada saat itu baru dia tahu yang hatiku juga sedang retak serpih sepertinya tanpa kuceritakan padanya pun.

Sayangnya dia kepada junior kami menyebabkan dia pernah lafazkan “kalaupun suatu hari nanti saya kahwin, dia tetap akan sentiasa hidup dalam hati saya,”. Tak terkata aku saat mendengar katanya itu. Dan aku tak pernah meragui tentang sayangnya yang menggunung itu. Dia memang benar-benar mencintai junior comel itu. Berita paling menyayat hati akhirnya tiba jua. Si junior itu terus berkahwin selepas habis belajar. Jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi mangsa dera suaminya yang bergelar “ustaz” itu juga. kasihan! Namun itu jalan yang dipilihnya.

Sekalipun si junior sudah berkahwin dan punya anak, sahabatku itu tak pernah putus harapan. Masih juga menyimpan impian untuk hidup bersama kekasih hatinya. “Kalau dia bercerai, saya masih tetap akan kahwin dengannya” kata sahabatku itu. Aku terkedu. Masihkah dia tidak dapat menerima kenyataan? Setelah aku basuh kepalanya berkali-kali, dia akhirnya mula belajar untuk berdepan dengan kenyataan. Suatu hari, dia menelefonku dan ajak aku kahwin.

Awalnya aku memang terkedu. Tak sangka. Dia lebih segalanya. Wajah boleh tahan. Penampilan segak. Kerja pun okey. Pandai masak. Selalu kemas rumah (sebab tinggal dengan nenek, banyak kerja perlu dilakukan sendiri) Memang dia lelaki idaman setiap wanita. Dia sentiasa tahu apa yang wanita perlukan. Lebih lengkap lagi dengan pengetahuan agamanya. Kalaupun bukan bergelar ustaz, namun, kalau setakat terdesak tak ada imam untuk mengepalai solat Jumaat, dia mampu untuk tampil ke depan. Dia juga sudah diterima dengan baik dalam keluarga kami (dia sebenarnya lelaki impian mek untuk jadi menantunya. Bukan mudah untuk jadi pilihan sebegitu kerana Mek dan Ayah memang cerewet). Tak ada satu kurangnya dia. Memang cukup syarat.

Selama ini dia sahabatku. Dia sahabat terbaik pernah aku ada. Banyak sudut pemikiran kami sama arahnya. Sama pendapat. Sama perkiraan. Biarpun statusnya yang telah diset dalam mindaku hanya sebagai “sahabat”, bila-bila masa sahaja boleh diubah. Asalkan beri masa sahaja. Jadinya, kenapa aku tidak bersetuju sahaja dia jadi suami? Kenapa tak biarkan saja dia hadir dalam hidupku mengelap luka yang dah bernanah itu? Bukankah kami sama-sama parah, jadinya, kenapa tidak saja kami saling merawat luka masing-masing? Bukankah perasaan itu boleh dipupuk?

Aku memang percaya yang perasaan dapat dipupuk. Dibaja. Namun, saat terkenangkan katanya, “kalaupun suatu hari nanti saya kahwin, dia tetap akan sentiasa hidup dalam hati saya,”, hatiku jadi hambar. Jadi tawar. Jadi beku. Maaf, sahabat. Aku tak mampu untuk hidup di sisi orang yang hatinya milik orang lain! Dan dia, hingga kini tidak pernah tahu kenapa aku menolak dia.

Jauh di bawah Bayu, dia berkenalan dengan seorang guru lain berasal dari Kelantan juga. semua kisahnya diceritakan padaku, termasuk bagaimana bakal tunangnya (pada ketika itu) merajuk saat melihat albumnya (kerana terlalu banyak gambarnya bersama aku). Dia cemburukan aku. Bila sahabat terbaikku itu berkata kepada bakal tunangnya “Saya kenal dia dah lebih lima tahun, saya kenal awak tak sampai pun setahun. Kalau diberi pilihan sama ada dia atau awak, saya tentu akan pilih dia sama ada awak suka atau tidak. Kalau awak rasa tak boleh terima dia sebagai sahabat saya, baik tak payah awak terima saya,”. Fuih! Ayat maut tu. Masa aku dengar dia ceritakan semula padaku lewat telefon, aku agak terkedu juga sekejab. Tapi akhirnya aku kata “Kalau saya boleh buat awak dan dia tak aman...saya rela hilang seorang sahabat. Asalkan awak bahagia,”

Hingga tiba saat dia berkahwin, dia sering bercanda denganku. Katanya “Saya tak pasti rombongan pengantin ni nak pergi ke daerah X (kampung halaman isterinya) atau ke Y (rumah akulah tu....). dan aku pula sentiasa memberi keyakinan kepadanya bahawa pilihannya itu adalah pilihan yang tepat. Bakal isterinya itu terlalu sayangkan dia. Jadinya, berkahwinlah dengan orang yang sayangkan kita, bukannya orang yang kita sayang.

Aku tak dapat pergi semasa pesta perkahwinan mereka. Namun aku berkesempatan jumpa mereka semasa out satation di Sabah. Beberapa kali aku jumpa mereka di sana. Bagiku, kami masih lagi akrab seperti sebelum dia kahwin walaupun aku tidak tahu itu betul atau tidak. Setidak-tidaknya itulah yang aku nampak. Setiap kali raya juga, mereka tidak pernah lupa berkunjung ke pondok buruk kami. Keluargaku juga dah kenal baik dengan isteri dan anak-anaknya.

Kini masa dah terlalu lama berlari. Aku sendiri tidak sedar entah dimana kisah kami terhenti. Kali terakhir dia datang kerumahku beraya, dia punya anak dua. Kini, akupun dah tak pasti. Ketika aku sendirian menahan gelombang dalam hidup, aku tercari-cari seseorang yang dapat menjadi tempat kubersandar. Aku terkenangkan dia. Namun aku tahu, dia sekarang tidak sama lagi seperti dia dahulu. Dia sekarang punya isteri dan anak-anak. Punya tanggungjawab yang lebih besar. Jadinya, perlukah aku menempelkan diri?

Aku rindukan dia yang lama. Namun, aku perlu terima hakikat yang kami tidak akan dapat kembali seperti dahulu lagi. Dulu aku pernah kata yang aku sanggup jauh daripadanya andai itu akan membahagiakan dia. Dan kini, inilah saatnya. Inilah yang aku lakukan, walaupun aku sebenarnya...sangat-sangat perlukan dia.

Dia sahabat terbaikku yang pernah aku ada. Dia pernah mencariku dan tinggalkan nombor telefon di kampung( dia memang tahu bagaimna nak cari aku walau ke dunia manapun aku pergi. Keluargaku akan ceritakan apa saja yang berlaku pada aku kerana mereka kenal dan percayakan dia...kalau orang lain, jangan harap mereka boleh berbuat demikian. Mek dan ayah akan tapis setiap panggilan untuk anak-anak dia orang, jadi kalau korang hilang nombor henpon aku, walaupun punya no talian tetap kat kampung, belum tentu kalian akan dapat semula nombor telefon bimbit aku dari sana. Mereka akan katakan tak tahu saja), namun nombor itu aku tidak terima hingga kini. Aku sekadar menulis e-mel untuknya. Dia memang balas, namun nadanya tidak lagi semesra dahulu. Hanya beberapa baris ayat, berbanding dahulu...biar jarak memisahkan kami, setiap peristiwa yang berlaku tetap kami kongsi. Sibukkah dia? Jadinya, biarpun bagaimana perlunya aku akan dia, bukankah langkah terbaik untuk aku adalah GHAIB dari hidupnya? Aku sentiasa mengharapkan dia bahagia.

Ada sesiapa sudi jadi sahabat aku lebih dari dia?


Tulisan ini tidak akan dibaca oleh sahabatku itu, aku cukup pasti. Dia tidak pernah tahupun kewujudan blog ini. Dia juga sudah terlalu lama tidak berkongsi kisah denganku, jadiny...Siapa dia biarlah terus jadi rahsia.

kentut

Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.

Udin : Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.

Udin : Kentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.

Udin : Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.

Udin : Kentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.

Udin : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.

Udin : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.

Cerita Lawak : Bila Budak Sekolah Terlampau...


PELAJAR VS CIKGU....

alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...
...
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
kesudahan dia satu hari diaorg tak blajar...
hik hik hik..

Aksi ular sawa Afrika Selatan telan anak seladang...

JOHANNESBURG: Aksi seekor ular sawa Afrika cuba menelan seekor haiwan liar dirakam pegawai taman haiwan semalam.


Kelihatannya mata ular itu lebih besar daripada perutnya ketika ia ditemui di kawasan semak di Afrika Selatan ketika cuba untuk menelan haiwan itu.




Foto penemuan mengerikan itu dirakam di taman haiwan Welgevonden, Afrika Selatan oleh pengurusnya, Rudi Hulshof.


Hulshof, 35, berkata: “Ini kali pertama saya menyaksikan sesuatu seperti itu dan saya sudah bekerja sebagai renjer taman ini selama 15 tahun di Afrika Selatan, selain berkunjung ke negara Afrika lain.




“Ini pemandangan yang amat jarang berlaku dan setahu saya yang pertama direkodkan, jauh sekali rakaman foto dan dokumentari memaparkan ular sawa Afrika Selatan menangkap mangsa sebesar anak seladang.




“Memang perkara biasa untuk ular sawa menangkap mamalia hidup, tetapi selalunya terdiri daripada spesies lebih kecil seperti arnab, kambing impala, antelop, tupai, burung dan tikus. “Namun, menangkap sesuatu sebesar ini tidak pernah terlintas di fikiran. Dapat dilihat bagaimana ular sawa itu membuka mulutnya sebesar-besarnya dan cuba untuk menelan mangsanya,” katanya. “Saya lihat ular itu hanya diam di atas tanah. Apabila mendekatinya saya nampak ia sedang menelan anak seladang yang berusia dua bulan.


“Saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya saksikan sebelum berlari ke jalan raya secepat mungkin. “Saya perlu mendapatkan kamera saya dan merakam foto itu serta membenarkan pengunjung turut merakamnya sebelum matahari terbenam dalam tempoh beberapa minit lagi,” katanya.




sumber:http://cerita2pelik.blogspot.com/201...tan-telan.html

Terkejut ‘mayat’ minta tolong

Kuala Krai: Seorang kakak mangsa kemalangan terkejut apabila adiknya yang sudah ditutup dengan surat khabar kerana disangka mati tiba-tiba bersuara meminta tolong. Bagaimanapun, mangsa, Che Khatijah Che Su, 48, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) empat jam selepas kejadian itu.


Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kampung Tengah, Che Khatijah yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumah untuk membeli beras.


Mangsa dikatakan membelok ke laluan kanan menuju ke kedai runcit tetapi lori yang berada di belakang merempuh motosikalnya menyebabkan mangsa terperosok ke bawah lori.


Che Khatijah yang cedera parah kedua-dua kaki, hancur tangan kanan serta luka di muka dan telinga ditutup dengan surat khabar oleh orang ramai kerana disangka sudah mati sementara menunggu ketibaan polis.


Kakak mangsa, Rahmah, 53, yang kebetulan melalui tempat kejadian berhenti untuk melihat kemalangan tetapi sebaik melihat rambut mangsa dia berasa tidak sedap hati dan menarik surat khabar yang menutup mayat.


Alangkah terkejutnya apabila saya melihat mangsa adalah adik saya dengan keadaan yang menyayat hati apabila mukanya melekat di tepi tayar dan tangannya tersepit di penyerap hentakan (absorber).


Tiba-tiba dia bersuara merayu tangannya yang tersepit dikeluarkan kerana terlalu sakit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menangis menunggu polis dan bomba, katanya ketika ditemui.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah lori itu dengan bantuan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Krai yang tiba setengah jam kemudian.




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...olong/Article/

Selangor arah JPJ, syarikat AES tutup kamera

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sepatutnya dilakukan petang ini, seperti dilaporkan semalam, sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya.


Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebentar tadi.


Sehubungan itu, kenyataan MPSepang menyebut pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas tempoh matang notis dikeluarkan.


"Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang
telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan majlis itu.


Sebaliknya katanya, pihaknya telah mengarahkan pihak syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam.


"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya lagi.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...amera-1.110566

Gambar Bumi pada waktu malam

PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.


SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.


Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.


Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.


Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.


Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.


"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi




sumber:PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.


SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.


Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.


Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.


Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.


Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.


"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_05.htm

Gempar Api Keluar Dari Tanah

nilah api yang keluar dari dalam tanah di halaman Sekolah Rendah Angsokah III di Sempang, Madura, Jawa Timur.
SAMPANG, Jawa Timur - Penduduk di kampung Angsokah, Madura di sini gempar dengan kewujudan api yang menyala keluar dari dalam tanah di halaman sebuah sekolah rendah di kampung mereka.


Menurut seorang guru di Sekolah Rendah Angsokah III, Jalalludin, semburan api itu terjadi selepas pihak sekolah melakukan penggalian perigi.


Katanya, selepas proses menggali mencapai kedalaman 41 meter, lubang perigi itu mengeluarkan lumpur dan bau belerang, menyebabkan mereka menghentikan kerja-kerja penggalian.


Namun pada pukul 5 pagi keesokannya, semburan lumpur berkurangan dan lubang tersebut mengeluarkan api setinggi 2.5 meter, lapor Beritajatim.com.




sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Luar...uar-dari-tanah

Api Misteri Punca Kebakaran



BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan rumah milik sebuah keluarga di Jalan Bunga Ros, Kuching semalam.


KUCHING – Sebuah keluarga mendakwa kemunculan api misteri sejak Isnin lalu menjadi punca rumah mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Bunga Ros, Kampung Gita di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, tujuh ahli keluarga terbabit tiada di rumah ketika api memusnahkan kediaman yang mereka diami sejak 50 tahun lalu.


Mangsa, Haslina Drahman, 40, mendakwa, sejak Isnin lalu keluarganya berdepan pengalaman pelik apabila diserang api misteri sebanyak tiga kali dengan kejadian pertama menyebabkan langsir tiba-tiba terbakar pada pukul 6.30 pagi.


Katanya, selang sehari kemudian sebuah rak pakaian pula disambar api disusuli kejadian ketiga pukul 7.15 pagi kelmarin apabila api marak dari dalam almari pakaian.


“Kami telah membuat laporan polis semalam (kelmarin) kerana khuatir kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat,” katanya di sini semalam.


Haslina yang bekerja sebagai pegawai keselamatan berkata, dia bercadang menggunakan khidmat pengamal perubatan alternatif bagi mengatasi misteri itu namun tidak sempat berbuat demikian kerana rumahnya dijilat api semalam.


Katanya, dia tidak menolak kemungkinan api misteri menjadi punca rumah tersebut terbakar.


Selain Haslina rumah itu didiami ibunya, Mordiah Mohd. Taha, 62; adik perempuannya, Norasmara, 27; dan suami, Mohamad Firdoze Maliki, 32; serta dua anak perempuan mereka berusia 8 dan 9 tahun. Seorang lagi ialah anak angkat keluarga tersebut.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Mohd. Raffy Saibi berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian mangsa.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_10.htm

Ancaman Ubat Perancang Seks

Ubat tradisional bentuk kapsul tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan boleh mengundang bahaya kepada pengguna


KUALA SELANGOR - Lambakan ubat kuat seks tradisional atau moden di pasaran yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan ancaman kepada pengguna di daerah ini terutamanya yang mengalami masalah hubungan kelamin.


Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Dr Mohamed Azahar Mohamed Nawi berkata, Kuala Selangor juga tidak terkecuali berdepan dengan lambakan ubat peransang yang dijual di farmasi atau kedai ubat disebabkan wujudnya permintaan orang ramai.


Menurutnya, memang mudah untuk memperdaya pengguna yang mengalami masalah hubungan kelamin dengan hanya menjanjikan kepuasan kepada mereka sedangkan jika tersilap langkah akan membuatkan pengguna merana atau mungkin menyebabkan mati pucuk.


“Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKSKS) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang penjualan ubat atau pil kuat ini di pasaran dan hanya mampu untuk memberi nasihat atau menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sesuai untuk mengambil ubat tersebut atau tidak.


“Bukan semua pengguna boleh mengambil ubat ini kerana boleh mengundang bahaya terutamanya pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang,” katanya yang diminta mengulas isu penggunaan ubat perangsang seks yang mula berleluasa di daerah ini.


Mohamed Azahar berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan beberapa jenis ubat yang mempunyai kelulusan kementerian yang boleh didapati di hospital, klinik dan farmasi, namun mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


“Ini kerana kemungkinan yang dikhuatiri mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor atau yang tidak diluluskan kementerian, ia boleh memberikan kesan negatif dalam jangka masa pendek atau panjang bergantung kepada kesesuaian ubat itu kepada pesakit.


“Mungkin ubatan seumpama ini memberi keupayaan atau membantu mengatasi masalah mereka dalam masa singkat, namun kita bimbang jika ubat dicampurkan dengan bahan kimia yang berbahaya, ia mungkin akan memudaratkan pesakit dengan kesan sampingan lain.


“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil pil, kapsul atau jamu yang dijanjikan akan memberi kesan yang memuaskan tanpa meneliti terlebih dahulu preskripsi yang disediakan sama ada mempunyai kelulusan kementerian dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,” katanya.




SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-seks-1.110111