Saturday, 8 December 2012

Terkejut ‘mayat’ minta tolong

Kuala Krai: Seorang kakak mangsa kemalangan terkejut apabila adiknya yang sudah ditutup dengan surat khabar kerana disangka mati tiba-tiba bersuara meminta tolong. Bagaimanapun, mangsa, Che Khatijah Che Su, 48, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) empat jam selepas kejadian itu.


Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kampung Tengah, Che Khatijah yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke kedai runcit berhampiran rumah untuk membeli beras.


Mangsa dikatakan membelok ke laluan kanan menuju ke kedai runcit tetapi lori yang berada di belakang merempuh motosikalnya menyebabkan mangsa terperosok ke bawah lori.


Che Khatijah yang cedera parah kedua-dua kaki, hancur tangan kanan serta luka di muka dan telinga ditutup dengan surat khabar oleh orang ramai kerana disangka sudah mati sementara menunggu ketibaan polis.


Kakak mangsa, Rahmah, 53, yang kebetulan melalui tempat kejadian berhenti untuk melihat kemalangan tetapi sebaik melihat rambut mangsa dia berasa tidak sedap hati dan menarik surat khabar yang menutup mayat.


Alangkah terkejutnya apabila saya melihat mangsa adalah adik saya dengan keadaan yang menyayat hati apabila mukanya melekat di tepi tayar dan tangannya tersepit di penyerap hentakan (absorber).


Tiba-tiba dia bersuara merayu tangannya yang tersepit dikeluarkan kerana terlalu sakit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menangis menunggu polis dan bomba, katanya ketika ditemui.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah lori itu dengan bantuan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Krai yang tiba setengah jam kemudian.




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...olong/Article/

No comments:

Post a Comment