Saturday, 8 December 2012

Hadapi dengan senyuman

Beberapa tahun yang lepas kita gempar dengan berita gempa bumi, kebanyakan dari kita turut merasai gegaran hingga sempat mencetuskan rasa 'kecut perut', namun syukurlah, alhamdulillah kita semua masih selamat.

Allah pernah berfirman bahawa manusia tidak dikira beriman selagi mereka tidak diuji. Makanya, sebagai orang yang beriman, kita haruslah sentiasa siap siaga untuk menerima sebarang apa jua ujian dari Allah swt.

Dalam kemalangan, apakah kita ada kuasa untuk memilih dengan kereta siapa kita akan berlanggar? Atau adakah kuasa kita untuk menentukan bila dan di mana lokasi kita akan ditimpa malang? Apakah kita berkuasa menentukan berapa kali kereta kita akan berputar dan bergolek? Adakah kita berhak untuk menentukan, samada kita cedera di kaki atau di tangan?

Jawapannya, jelas dan nyata. Tidak. Bukan kuasa kita untuk menentukan apa bentuk ujian yang akan menimpa kita. Bukan hak kita untuk menentukan sedalam mana kita terluka bila di uji.

Apa yang boleh kita lakukan adalah bersabar dan redha. Sapu airmata. Kemudian bangkit semula menjadi manusia yang lebih kental. Hadapi dengan senyuman, biar sedalam mana luka ditoreh. Insyaallah. Allah lebih mengerti.

No comments:

Post a Comment