PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan
beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera
Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam
secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk
mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA,
Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik
Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi
sumber:PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan
beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera
Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam
secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk
mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA,
Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik
Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_05.htm
No comments:
Post a Comment