Monday, 31 December 2012

Haiwan Sentinel- Amaran Awal Kepada Manusia

Haiwan merupakan makhluk Allah yang mempunyai kelebihan berbanding manusia.Kemampuan haiwan untuk mengesan sebarang perubahan di sekelilingnya,sama ada perubahan biologi,udara atau kedatangan bencana alam memang dikagumi serta sudah terbukti.Cumanya kita sebagai manusia atas dasar 'ketua' segala makhluk di bumi ini gagal membaca perubahan sikap atau mood haiwan di sekeliling kita.Hijau lestari mengajak anda semua meninjau apakah itu haiwan sentinel?


Haiwan sentinel berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud menara pengawal(watch tower) yang mana pengawal menara selalunya akan memberi amaran awal tentang sesuatu perkara.Sejak sekian lamanya haiwan digunakan sebagai agen untuk melihat sebarang perubahan di sekeliling manusia.Di awal tahun 1900,burung kenari digunakan oleh pelombong arang batu untuk enghidu gas karbon monoksida di dalam lombong arang batu.Para Pelombong akan memakai alat bantuan pernafasan jika burung kenari di lihat dalam keadaan tertekan.

Haiwan sentinel memberikan amaran kepada manusia bahaya yang akan menimpa bumi.Mereka mampu menjangka bahawa gempa bumi atau ribut taufan akan berlaku.Haiwan sentinel mampu merasai pertukaran magnetik di dalam atmosfera dan juga haiwan pertama yang terjejas akibat pencemaran...kasihan mereka.....Malahan menurut definisi biologi juga haiwan sentinel mampu merasi perubahan persekitaran yang biasa termasuklah kehadiran agen asing termasuklah virus!

Mari kita lihat contoh amaran awal haiwan sentinel ini.Sewaktu bencana tsunami dulu yang melanda Asia Pasifik termasuklah Malaysia( tentang tsunami boleh rujuk penulisan saya tahun lepas :D ),sebelum kedatangan tsunami berjuta-juta gamat ( sea cucumber) membanjiri pantai di Kuala trengganu,Setiu,Besut dan Kota Bahru.Malahan ada nelayan mendakwa ternampak puluhan ikan lumba-lumba berenang terlalu hampir dengan pantai.Malahan ikan sendiri terdampar di pantai dengan banyaknya sebelum kedatangan tsunami yang dashyat itu.Malahan di Thailand di laporkan banyak haiwan yang meninggalakan kawasan hutan ke tempat lebih tinggi
Begitu juga dengan kehadiran ribuan katak yang muncul sebelum berlakunya gempa bumi yang dashyat di China tahun lepas.Malahan haiwan di zoo di China sebelum kedatangan bencana gempa bumi menunjukkan kelakuan yang ganjil.Antaranya termasuklah kuda belang,singa dan lainnya.



Memerang Laut digunakan di California untuk mengesan pencemaran petroleum,bakteria,bahan kimia seperti tributyltin yang digunakan di dalam cat kapal.





Penyakit kucing menari(dancing cat disease) pernah berlaku di Minamata,Jepun tahun 1956,sebelum wabak ini( akibat memakan ikan mengandungi raksa) berlaku kepada manusia.Kucing telah memberikan tandanya tetapi manusia gagal memahami petunjuk itu




Ikan "bluegill" ini digunakan di Amerika Syarikat untuk memantau pencemaran bahan kimia di dalam air bawah tanah.Nampak macam ikan talapia



Nampak kita sebagai manusia sepatutnya perlu lebih prihatin dengan tingkah laku haiwan.Haiwan ini tanpa disedari atau tidak akan mengeluarkan tanda-tanda melalui tingkah laku serta metabolisme.Jika manusia mampu membaca tanda-tanda ini lebih awal,maka kita lebih bersedia untuk menghadapi bencana atau ancaman yang tiba....alahai terasa kerdilnya manusia kerana manusia yang dianggap makhluk paling bijak ini masih belum dapat menandingi haiwan di dalam mengesan sebarang perubahan ancaman serta bahaya.

No comments:

Post a Comment