Monday, 31 December 2012

Bantuan Khas RM 100 Dipolitikkan ?



Bantuan kewangan RM 100 kepada pelajar yang mula diagihkan pada minggu akhir persekolahan sedang berjalan. Bantuan tersebut diberikan selaras dengan pengumuman yang di buat di dalam budget baru-baru ini. Penulis merasakan wajar untuk pihak kerajaan memberikan bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan. Cuma yang difikirkan semula ialah cara atau bagaimana duit itu boleh disalurkan kepada pihak pelajar supaya ianya telus dan tidak membebankan bagi pihak guru, pelajar dan ibu-bapa mereka.

Apa yang berlaku di dalam minggu akhir persekolahan bantuan khas RM 100, keadaan menjadi sedikit kecoh. Untuk makluman, pihak kakitangan sekolah terutamanya guru terlalu sibuk apabila sessi persekolahan tamat, banyak kerja-kerja , terutamanya kerja-kerja perkeranian yang perlu dibereskan. Dari fail sehinggalah ke pada akaun kewangan yang perlu ditutup. Di dalam hal ini bantun RM 100 perlu difikirkan semula cara pemberiannya. Oleh kerana pihak guru agak sibuk, sepatutnya jadual yang disusun oleh guru untuk memberikan duit tersebut dipatuhi, namun apa yang berlaku sebaliknya. Kebanyakan sekolah meminta supaya pelajar mesti datang bersama-sama dengan ibu -bapa untuk mengambil wang tersebut. Namun syarat yang diletakkan pemberian tersebut mesti dihadiri oleh pihak yang terlibat dengan kerajaan, biasanya adun atau wakil kerajaan.Namun jadual tersebut agak sukar dipenuhi oleh pihak berkenaan. Akibatnya ramai ibu-bapa yang terpaksa menunggu agak lama, malahan sehingga ke petang. Memang ada yang akan berkata, hai bende-bende cam gini guru tak boleh uruskan ke? Bukan macam tu bang, sebenarnya urusan pemberian ini melibatkan pihak luar, iaitu ibu bapa dan juga pihak adun atau wakil adun tersebut. Malahan terdapat banyak rungutan dari pihak ibu-bapa kerana terpaksa menunggu lama. Apakah perlu menunggu orang politik datang ke sekolah sebagai tanda keprihatinan kerajaan? Atau ini merupakan peluang untuk memperkenalkan diri , sebab pilihanaraya sudah semakin dekat? ianya dipertikaikan kerana sebelumnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang sentimen, kegiatan dan juga kempen kepartian. Bagaimana jika duit itu diuruskan oleh pihak sekolah secara terus, kumpulkan akaun bank pelajar dan serahkan pada pihak kementerian pelajaran untuk uruskan duit tersebut, secara bank in contohnya. Bukan akan ada yang mengatakan pihak guru nie mengada-ngada, tetapi bagaimana dengan kes duit tersebut dipotong oleh pihak sekolah sperti yang berlaku sebelum nin. Ia mengundang respon dari Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meminta sekolah jangan memotong duit tersebut untuk kegunaan sekolah itu sendiri.

Penulis berpendapat tidak salah duit itu disalurkan kepada pihak pelajar dan ibu bapa. Namun harus diingat tidak perlu memanggil pihak yang terlibat dengan kepartian untuk menyerahkan duit tersebut. Harus diingat ini bukanlah duit parti( walaupun yang datang itu ialah wakil parti atau pihak berkenaan ) ,ianya ialah duit kerajaan Malaysia. Penulis tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa di dala hal ini. Memang rakyat mesti di bantu, biarlah ianya telus, kerana ahli polotik seperti biasa, menggunakan retorik,semata. Ya, Duit ini ialah bantuan dari pihak kerajaan ,namun duit ini sebenarnya tidak harus disalahgunakan oleh pihak sekolah, atau membebankan pihak guru, atau disalah ertikan..sehingga diberi pengertian kempen politik..kan guru dan pelajar tidak dibenarkan terlibat atau menganjurkan sebarang aktiviti kepartian di sekolah. Sekolah bukan flatform untuk berpolitik. Maafkan penulis jika entry ini agak kritis...namun renungkanlah dengan teliti...

No comments:

Post a Comment