Monday 31 December 2012

Gambar Manusia Paling Rendah Di Dunia





Nepal merupakan destinasi pelancongan dan mempunyai gunung paling tinggi di dunia. Namun apa yang menariknya Nepal juga mempunyai manusia paling rendah atau paling kerdil di dunia. Guinness World Record telah mengisytiharkan Chandra Bahadur Dangi adalah manusia paling kerdil atau paling rendah di dunia buat masa ini. Petani yang berumur 72 tahun itu mempunyai ketinggian 21.5 inci mengatasi saingan terdekatnya sbelum ini dari Filipina,iaitu Junrey Balawing berketinggian 23.5 inci sebelum ini.



Petani yang berasal dari kawasan perkampungan miskin di barat Nepal itu sebelumnhya tidak mempedulikan keadaan dirinya, sebelum didatangi dengan wakil Guinnes World Record untuk mengukur ketinggiannya. Buat pertama kalinya Chandra keluar dari kampungnya Rimkholi yang terletak kira-kira 267 km dari ibu negara Nepal Kathmandu. Kejayaannya sebagai manusia paling rendah di bumi setakat ini membanggakan rakyat Nepal. Menurut Chandra beliau sangat gembira dan ingin mengembara untuk mengharumkan negaranya. Petani yang belum berkahwin itu tinggal bersama-sama dengan abangnya yang mempunyai ketinggian normal.

No comments:

Post a Comment