Wednesday, 2 January 2013

Temui bukti fosil, fauna, flora dan batuan

Disebalik kepercayaan umum bahawa dinosour tidak pernah menghuni Malaysia beratus-ratus juta tahun dahulu, beberapa pakar tempatan membuktikan sebaliknya.
Menurut mereka, berdasarkan jenis batuan, haiwan yang telah pupus itu sebenarnya pernah hidup di Taman Negara Pahang, berjuta-juta tahun dahulu. Bukti-bukti fosil dinosaur herbivor di Thailand pada Februari tahun ini menambah keyakinan bahawa haiwan itu pernah mendiami Banjaran Titiwangsa.
dino_kosmo_2010
Bagi pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, kewujudan flora daripada era dinosaur di Malaysia ketika ini iaitu paku pakis gajah mengukuhkan lagi hujah tersebut. "Beberapa penemuan setakat ini menunjukkan Malaysia mungkin pernah menjadi daratan yang ditinggalkan dinosaur," katanya kepada Kosmo! Ahad.
Banyak bukti dinosaur wujud
Usaha untuk membuktikan kewujudan fosil memerlukan sejumlah besar dana.
dino_kosmo_2010_3
dino_kosmo_2010_4
dino_kosmo_2010_5
Mohd. Shafeea
Mohamad Ali
Ibrahim
KUALA LUMPUR - Beberapa pakar tempatan dalam bidang paleontologi dan geologi yakin haiwan dinosaur yang sudah pupus ditelan zaman sebenarnya pernah hidup di negara ini beratus-ratus juta tahun dahulu.
Pakar Paleontologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman berkata, penemuan fosil dinosaur di Thailand pada Februari tahun ini memungkinkan kewujudan mamalia purba itu di hegara ini.
Berdasarkan kajiannya sendiri sejak 30 tahun lalu, beliau percaya terdapat fosil dinosaur di sekitar Banjaran Titiwangsa.
"Bukan mustahil lapisan batu negara kita menyimpan fosil haiwan itu sama seperti di Thailand, China, Laos dan Vietnam yang pernah menjumpai fosil itu sebelum ini, lagipun negara kita berjiran dengan mereka," katanya kepada Kosmol Ahad.
Dunia penyelidikan dinosaur pada Februari lalu gempar dengan penemuan fosil dinosaur terbesar berusia 150 juta tahun di Phu Noi Kham Muang, Thailand.
Bekas Ketua Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Mohamad All Hassan berkata, kewujudan paku pakis gajah di Malaysia ketika ini membuktikan dinosaur memang pernah wujud. "Berdasarkan bukti, negara kita sebenarnya mungkin daratan yang ditinggalkan dinosaur," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, fosil dinosaur amat sukar ditemui kerana ia sudah tertanam dalam batu dan tanah begitu lama. Seorang pakar geologi UKM, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo turut yakin fosil dinosaur ada di Malaysia tetapi belum dijumpai.
Beliau berkata, fosil dinosaur hanya dapat ditemui pada batuan yang berusia antara 65 juta dan 130 juta tahun dan ia mesti terbentuk di permukaan tanah, bukan dalam lautan. Pakar tersebut menegaskan, batuan jenis itu terdapat di Taman Negara Pahang.
"Saintis ada melakukan ekspedisi di sana kira-kira lapan tahun lalu tetapi gagal menemui fosil kerana kawasannya sangat luas dan kekurangan petunjuk,'' katanya.
Ibrahim berkata, lazimnya fosil ditemui penduduk tempatan terlebih dahulu sarna ada berada di permukaan tanah setelah berlaku hakisan atau ratusan meter di bawah tanah.
Dinosaur diami Taman Negara
Fosil flora dan fauna dari era sebelum era dinosaur sudah direkodkan wujud di Malaysia. Jadi, pakar percaya cicak gergasi itu pernah hidup di negara ini.
dino_kosmo_2010_6
Jaafar
Satu-satunya pengumpul tahi bintang atau batu meteor secara serius di Malaysia, Datuk Jaafar Jamaluddin, 65, masih belum luntur minatnya terhadap batu dari ruang angkasa itu.
Terlibat dengan Pameran Batu-Batuan Pelik di Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya yang sedang berlangsung sekarang, Jaafar bersama isteri, Datin Nor Bahriah Ibrahim, 59, tampak berkobar-kobar bercerita tatkala ada pengunjung menyapa.
dino_kosmo_2010_7
Namun, di celah ribuan meteor yang disimpan Jaafar, tersisip 'batu' aneh berbentuk bulat dan berbiji-biji. Ada yang berwarna putih, ada juga yang berwarna hitam.
"Itu fosil telur dinosaur yang berusia 65 juta tahun," ujarnya.
Membeli fosil itu pada harga antara RM2,OOO hingga RM3,000 dari China, Jaafar menjelaskan koleksi sisipan itu ialah bersempena mengenang kesan hentaman meteor pada permukaan bumi.
"Saya kumpul telur-telur ini kerana ia ada kaitan rapat dengan hentaman tahi bintang.
"Ketika sebutir tahi bintang bersaiz kira-kira 1.83 meter lebar menghentam muka bumi, sebahagian besar hidupan musnah sehingga menyebabkan kepupusan.
"Sebagaimana diketahui umum, antara spesies yang pupus itu termasuklah dinosaur," terang Jaafar yang kali terakhir membeli telur dinosaur pada lima tahun lalu.
Tidak dapat menyatakan dengan tepat jumlah telur mamalia itu yang berada dalarn simpanannya sekarang, jelas Jaafar, ada yang dibeli sebiji dan ada yang dibeli segugus pada satu masa.
"Sebahagian besar koleksi telur dinosaur yang saya ada diperoleh dengan tukar suka sama suka dengan pengumpul yang lain. Selebihnya dibeli sarma ada melalui lelongan atau secara langsung daripada pemilik lain.
"Sehingga kini terdapat tujuh jenis telur dinosaur yang berlainan bentuk dan saiz yang ditemui di seluruh dunia dan dalarn simpanan saya ada kesemua tujuh jenis itu," ceritanya yang merupakan ahli profesional Royal Institute of Chartered Surveys (RICS) United Kingdom itu. Menariknya, apabila diteliti dari jarak dekat, struktur telur itu sudah begitu hampir dengan struktur batuan.
Fosil
"Sekarang ia sudah menjadi fosil, bercampur dengan tanah dan batu. Tetapi kulitnya memang asli dan padanya dapat dilihat bunga-bunga corak yang membezakannya dengan batu atau telur replika," dedah bapa kepada empat orang anak itu.
Menurut National Geographic, telur dinosaur ditemui di 199 tapak di seluruh dunia dan berusia antara 146 juta hingga 65 juta tahun.
Antara negara yang paling banyak ditemui fosil tua itu termasuklah China, Mongol, Argentina, India, dan Amerika Utara.
Fosil telur dinosaur pertama kali ditemui di Perancis pada 1869. Namun, dunia mula memberi perhatian terhadap penemuan seperti
ini setelah ekspedisi Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika menemukan sarang dinosaur di Gurun Gobi, Mongolia.
Pada Februari lalu, fosil dinosaur herbivor yang berusia 150 juta tahun berjaya ditemui dan diangkat keluar dari perut bumi di Phu Noi, Kham Muang, Thailand.
Kali pertama tinggalan dinosaur ditemui di sana ialah pada 1976 di daerah Phu Wi wilayah Khon Kaen, 445 kilometer ke timur laut Ban. Lantaran penemuan itu, pakar paleontologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Shafeea Leman, berpendapat dinosour mungkin pernah tinggal di Malaysia.
"Perkara ini tidak mustahil, berdasarkan penemuan fosil dinosaur di Thailand. Secara geografinya kita berada di bahagian yang sama kerana bercantum sejak berjuta tahun dahulu."
Lapisan batu yang mungkin menyimpan fosil haiwan itu juga sama. Jika ia ada di Thailand, China, Loas dan Vietnam, tidak mustahil negara kita pernah dihuni haiwan purba itu," ujarnya.
Tambahnya, beliau percaya berdasarkan kajiannya selama lebih 30 tahun, terdapat fosil dinosaur di sekitar Banjaran Titiwangsa, Semenanjung Malaysia. "Saya percaya dinosaur pernah menghuni Pahang, Terengganu atau Kelantan. Cuma kita kekurangan dana
untuk melakukan pengkajian yang menyeluruh.
Taman Negara Pahang
"Jika kajian ini dilakukan dengan komprehensif, kemungkinan fosil itu akan ditemui. lni sekali gus menarik ramai pelancong ke negara kita sebagai antara punca industri pelancongan negara," katanya.
Pakar Geologi yang juga mantan Ketua Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan bersetuju dengan pendapat itu. Katanya flora dari era dinosaur iaitu paku pakis gajah, masih ada di Malaysia sehingga hari ini. "Malah, fosil flora dan fauna dari era sebelum era dinosaur juga sudah direkodkan wujud di Malaysia.
Pulau Langkawi, Kedah sendiri memiliki turutan tanah tertua sehingga tanah baru yang lengkap. Sepatutnya dinosaur pernah hidup di Malaysia. "Penemuan itu juga menunjukkan Malaysia mungkin daratan yang ditinggalkan dinosaur," balasnya. Persoalannya kenapa kita masih sukar untuk menemui fosil mamalia gergasi itu di sini walhal kita memiliki hutan hujan antara yang tertua di dunia.
"Kesukaran kita untuk menemui fosil itu mungkin kerana ia tertanam di dalam tanah yang sudah terpisah dari Malaysia ekoran kejadian perluasan tanah. Jadi biarpun kita memiliki antara hutan tertua di dunia kita masih tidak dapat menemuinya," katanya. Sementara itu, seorang lagi pakar geologi dari UKM, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo percaya fosil dinosaur memang ada di Malaysia, cuma ia belum dijumpai.
4111733_f520
"Fosil dinosaur ini hanya boleh ditemui di batuan yang berusia di antara 65 juta hingga 130 juta tahun yang lalu dan batuan ini mestilah terbentuk di permukaan tanah, bukan dalam lautan. "Batuan jenis ini ada di Taman Negara Pahang. Saintis ada melakukan ekspedisi di sana kira-kira lapan tahun lalu tetapi gagal menemui sebarang fosil kerana kawasan itu sangat luas dan kekurangan petunjuk.
"Fosil amat sukar dicari secara proaktif, biasanya penduduk tempatan yang menjumpainya terlebih dahulu. la mungkin berada di permukaan tanah akibat hakisan atau ratusan meter bawah tanah," katanya. Menyentuh mengenai replika dinosaur yang banyak dilihat hari ini, beliau berkata replika itu tepat dari segi bentuk dan struktur tulangnya. "Usia dan pengkelasan dinosaur juga telah ditentukan dengan baik. Ini disebabkan hampir semua bahagian tulang untuk spesies dinosaur telah dijumpai.
"Perkara yang belum dapat dipastikan hanyalah warna kulit dinosaur. Apa yang kita lihat sekarang adalah gambaran semata-mata. Kita tidak jumpa fosil yang boleh mengekalkan warna asalnya," katanya.

No comments:

Post a Comment