Monday, 31 December 2012

Bandar Hantu,Suatu Renungan



Bandar hantu,bukanlah bermaksud bandar ini mempunyai hantu sebaliknya merujuk kepada bandar yang tidak lagi berpenghuni.pada suatu ketika bandar-bandar ini merupakan tumpuan penduduk.Namun akibat pelbagai faktor seperti bencana alam sekitar,kehabisan sumber alam atau diancam pencemaran maka bandar ini ditinggalkan sehinggalah sekarang.Bandar hantu dikata menjadi sumber daya tarikan pelancongan diseluruh dunia,pelikkan? ini kerana bandar hantu yang ditinggalkan ini mungkin berbahaya atau pun merupakan kawasan larangan,jadi jom layan.....


1.Pulau Hashima @ Gunkanjima,Jepun
Merupakan sebuah pulau yang tidak lagi berpenghuni.hanya terletak 15km dari Nagasaki.oleh kerana penerokaan sumber arang batu maka pulau ini dihuni oleh pekerja serta ahli keluarga mereka.Syarikat Mitsubishi dikatakan telah menutup operasi mereka pada tahun 1974,serentak dengan petroleum yang mengantikan arang batu sebagai bahan tenaga utama di Jepun.Sejak itu pulau ini terbiar serta menjadi kawasan larangan .Menurut penduduk Jepun pulau ini berhantu....


via:Flickr


via:Flickr


2. Prypiat( Tempat Pekerja di bandar Chernobly )
Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa bandar chernobly menjadi bandar hantu akibat radiasi nuklear.Loji nuklear yang meletup membawa bencana yang sangat menyayat hati.terletak disebelah utara Ukraine,merupakan penempatan loji tenaga nuklear yang penting.Ditinggalkan sejak 1986 akibat tahap radiasi nuklear yang sangat berbahaya.Sewaktu kemalangan nuklear tersebut dilaporkan seramai 50 ribu pekerja tinggal di sana,bandar ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti hotel,taman permainan serta perumahan.Namun bandar ini masih boleh dilawati( kerja gila...?) dan perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa






semua gambar bersumberkan:Artgrin


3. Kadykchan,Rusia
Bandar yang ditinggalkan akibat kemalangan letupan kawasan perlombongan arang batu.Pernah dihuni seramai 12 ribu orang penduduk,dan di bina sejak perang dunia kedua.Namun segalanya sepi serta sunyi....







4. Kolmanskop ,Namibia
Bandar ini semakin lama semakin ditimbus oleh pasir,segalanya bermula apabila permata menjadi aset utama di sini.Sejak 1908,bandar ini dilengkapi dengan kasino,hotel,sekolah serta bangunan mewah serta rumah kediaman.Kemerosotan galian permata menyebabkan bandar ini ditinggalkan begitu sahaja.

Sebenarnya terdapat banyak lagi bandar hantu yang sudah tidak berpenghuni,segalanya sekadar menjadi renungan bahawa di dalam kehidupan ,tiada yang kekal,bandar yang pernah gemilang suatu ketika dulu kini terbiar......

No comments:

Post a Comment