Kewujudan pelbagai fenomena alam sesungguhnya merupakan manifestasi keagungan Allah.Terima kasih terhadap Jamaluddin,kawan Hijau lestari yang menghantar e mail kepada Hijau Lestari.Ternyata tidak ada perkara yang mustahil bagi Allah,sehingga mewujudkan fenomena alam yang terus menjadi misteri kepada manusia.
Sailing Stone

- Fenomena yang biasa sebenarnya di kawasan gurun berbatu dan kawasan glasier
- Masih lagi menjadi misteri di kalangan saintis dan pengkaji kerana batuan tersebut sememangnya sangat berat dan berbeza dari segi saiz dan meninggalkan bekas pergerakan.
- Angin dikatakan sebagai punca utama pergerakan batuan ini di samping permukaan bumi yang rata.
Barisan Batuan Basat(Gunung Berapi)

- Merupakan fenomena unik di kawasan gunung berapi
- Magma yang mengeras menghasilkan sususan batuan balsat yang unik seumpama susunan yang begitu cantik dan sempurna seolah-olah di susun oleh manusia
- Contohnya seperti di Ireland(gambar di atas)
- Batuan balsat biasanya meledak naik ke atas permukaan bumi,tetapi akan mengeras dan menghasilkan fenomena pemandangan yang begitu menakjubkan.
Lubang Biru(Blue Holes)

- Merupakan lubang biru di laut yang membentuk lubang yang sangat dalam di kawasan laut
- Mendapat nama daripada warnanya yang biru tua merujuk kepada kawasan air yang sangat dalam dan terlindung dan berasingan dari kawasan yang lain
- Kedalamannya boleh mencecah ratusan kaki dan memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk turun ke bawah lubang biru ini.
Air laut pasang Merah

- Merupakan fenomena alga merah yang melanda kawasan pantai dan laut yang luas
- Boleh menyebabkan keracunan teruatama kepada hidupan marin lain seperti burung laut
- Tidak ada rekod setakat ini dicatatkan yang alga merah ini telah mengancam manusia
Bulatan/Lingkaran Ais

- Terhasil apabila berlakunya pusaran air
- boleh membentuk diameter sehingga 500 kaki atau kelompok yang lebih kecil
- Pusaran air yang terhasil telah menolak ais dan membentuk bulatan yang unik.
Awan Mammatus

- Seringkalinya di katakan sebagai petanda sebelum berlakunya bencana alam yang ekstrim
- Boleh jadi terdapat dikawasan ais
- Membolehkan manusia membuat sedikit persediaan kerana awam ini boleh bertahan lama dan membentuk formasi atau corak yang menarik.
Pelangi Api

- Fenomena biasa
- Namun serakan cahaya antara awan dan matahari membolehkan fenomena yang unik ini berlaku
Lubang Besar

- Terhasil apabila berlakunya gempa bumi
- Boleh juga terjadi bila kawasan atau tanah secara tiba-tiba tenggelam kerana faktor air dan sebagainya.
- Selalunya boleh berlaku di dalam keadaan yang pantas tanpa mengira permukaan bumi seperti gambar di atas
No comments:
Post a Comment