Wednesday, 2 January 2013

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA

PAKEJ KOMUNIKASI BELIA
1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?
  J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.
     
2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?
  J: Syarat kelayakan adalah:
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
     
3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?
  J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.
     
4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?
  J: Untuk memudahkan proses pendaftaran, borang pra pendaftaran perlu diisi secara atas talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.
     
5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?
  J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
     
6. S: Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
  J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.
     
7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
  J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.
     
8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?
  J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.
     
9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
  J: Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
     
10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?
  J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.
     
11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
  J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.
Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut..
     
12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ?
  J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.
     
13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?
  J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.
     
14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?
  J:
  • Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
  • Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
  • Anda telah mendaftar lebih daripada sekali
     
15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?
  J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.
Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.
     
16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?
  J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
     
17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?
  J: Tidak layak.
     
18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
  J: Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.
MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.
     
19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
  J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah..
     
20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
  J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan..

No comments:

Post a Comment