Monday 31 December 2012

Info dan Fakta Penyakit Talasemia




Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia diwarisi daripada ibu-bapa dan boleh melibatkan kedua-dua anak lelaki dan anak perempuan

Terdapat 2 jenis Talasemia

1. Pembawa Gen Talasemia (Talasemia Minor )
2. Pesakit Talasemia ( Talasemia Major )

Pembawa Gen Talasemia
Pembawa Gen Talasemia tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan. Pengesahan hanya boleh diketahui melalui ujian Talasemia.Seseorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya. Ibu ATAU bapa boleh menyebabkan keadaan berikut berlaku. Walaupun pasangan tidak terdapat sebarang penyakit Talasemia, pembawa masih boleh memindahkan gen tersebut kepada anak-anak mereka,yang turut akan menjadi Pembawa Gen Talasemia. Masalahnya ialah apabila seseorang Pembawa Gen Talasemia berkahwin dengan pasangannya yang turut merupakan Pembawa Gen Talasemia. Keadaan ini berbahaya kepada anak pasangan tersebut kerana akan melahirkan bayi yang berpenyakit Talasemia yang boleh membawa maut. Jadi elakkan berkahwin dengan pasangan anda yang mempunyai Pembawa Gen Talasemia jika anda juga ialah Pembawa Gen Talasemia.

Tanda-tanda dan Gejala Pesakit Talasemia.
  1. Kanak-kanak nampak seperti normal pada awal kelahiran.Namun mereka akan mengalami masalah anemia ( sel darah merah menurun-menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti kekurangan oksigen di otak,pucat, lelah dan sebagainya) yang serius apabila berumur 3 - 18 bulan.
  2. Keadaan pucat berterusan, sentiasa lemah dan resah
  3. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  4. Jaundis ( biasanya disebut demam kuning )
  5. Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  6. Tumbesaran terbantut.
  7. Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan tulang di bahagian muka.

Rawatan Pesakit Talasemia.
  1. Pesakit memerlukan transfuli darah secara berterusan setiap bulan untuk sepanjang hayat.
  2. Transfuli darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan seperti hati,limpa,jantung dan kelenjar endoktrin yang akhirnya boleh merosakkan organ tersebut.
  3. 5 minggu sekali diperlukan untuk rawatan penyingkiran zat besi tersebut.
  4. Pemindahan tulang sum-sum sekiranya ada penderma yang sesuai dalam kalangan ahli keluarga.

Talasemia Major boleh dicegah melalui ujian Talasemia jika anda:
  • Seorang remaja
  • Mempunyai sejarah keluarga Talasemia
  • Ingin berkahwin
Penyakit ini boleh dicegah,ingatlah 1 daripada 20 rakyat Malaysia adalah Pembawa Gen Talasemia

No comments:

Post a Comment