Monday 31 December 2012

10 Bangunan Dan Binaan Purba Paling Ramai Dilawati


Bangunan serta binaan purba oleh kerajaan serta orang zaman lampau adalah manifestasi daya kreatif serta usaha mereka. Walaupun sudah ribuan ribu tahun,ianya menjadi aset penting kepada negara di mana bangunan tersebut.Jom kita lihat jumlah kedatangan pelancong yang datang ke sana . Malah kewujudan Kaabah sebagai contohnya adalah tempat atau arah kiblat untuk umat Islam di dalam menunaikan ibadat yang paling penting, solat.




No 1: Kaabah, Mekah.



Kaabah merupakan salah satu binaan paling unik di dunia,terletak di bandar suci serta Tanah Haram Mekah. Bandar suci Mekah merupakan bandar paling ramai di lawati sepanjang tahun oleh umat Islam.Dikatakan Kaabah boleh dilihat dari bulan . Merupakan bandar kelahiran SAW,dilawati oleh lebih 15 juta umat Islam sepanjang tahun untuk ibadat Haji serta Umrah.Benarlah seruan Nabi Ibrahim bahawa bumi Mekah akan makmur dengan kedatang umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.





No 2 : Tembok Besar China.

Tembok sepanjang 5,500 batu yang membelah China,ini dikatakan boleh dilihat dari bulan juga, dibina sejak zaman Dinasti Ming.Merupakan antara tempat lawatan wajib jika ke China dengan kedatangan pelancong 9-10 juta setahun.





No 3: Collosseum ,Rome Italy


Stadium purba yang menjadi tema bagi banyak filem berasakan cereka purba dengan perlawanan antara Gladiators serta haiwan purba. Mempunyai 100 tangga sebagai tempat duduk dan dibuka untuk lawatan oleh kerajaan Italy dengan jumlah pengunjung seramai 6.9 juta orang setahun.






No 4 : Forum Roman, Rome Italy



Pusat sosial Rom purba sejak 1200 tahun lampau yang menjadi kawasan pusat pasar dan juga pentadbiran kerajaan. Mempunyai jumlah pengunjung seramai 5.1 juga orang setahun.





No 5: Patung Terracotta,Xian China.



Merupakan patung yang dijumpai pada tahun 1974 dengan saiz manusia atau askar yang sebenar, seramai 700 patung yang unik serta berbeza-beza wajahnya.terdiri daripada pasukan infantri, pemanah, tentera berkuda.Dijumpai tertanam .Uniknya kesemua tentera serta kuda mempunyai muka dan pakaian yang berbeza-beza. Jumlah pengunjung seramai 3-4 juta orang setahun.





No 6 : Piramid dan Giza



Bangunan atau binaan yang memang popular seluruh dunia. Piramid uniknya kerana berbentuk 3 segi ini menjadi lambang kekuasaan Raja Firaun,yang mengaku dirinya sebagai tuhan.Namun akhirnya mati ditelan Laut Merah. Merupakan aset pelancongan penting buat Mesir dengan kedatangan pelancong seramai 4 juta setahun.Merupakan tapak warisan UNESCO





No 7 : Pompeii,Italy




Kawasan bandar purba yang musnah akibat letusan gunung berapi Vesuvius. dengan pengunjung seramai 2.5 juta setahun.Kesan penduduk yang terbunuh dan diliputi dengan larva masih kekal sehingga sekarang





No 8: Acropolis, Athens, Greece



Kuil yang terletak dibukit,Parthenon,merupakan antara ikon pelancongan kepada kerajaan purba Athens.Kedatangan pelancong seramai 2 juta orang.




No 9: Efes,Turki

Merupakan stadium pruba,tinggalan kerajaan lama Rom yang dilupakan.kedatangan pelancong 2 juta orang.




No 10 Teotihuacan, Mexico

Bangunan lama berbentuk piramid,mencatatkan kedatangan pelancong seramai 2 juta orang setahun.

No comments:

Post a Comment