Monday 31 December 2012

Gambar Sesumpah Terkecil Di Dunia Ditemui





Terlalu kecil, hanya sebesar kepala mancis api




Sesumpah merupakan haiwan di dalam keluarga cicak. Terdapat 160 spesies di dunia setakat ini direkodkan. Terkenal kerana kemampuan untuk menyamar seperti latar belakang di mana mereka berada .Kemampuan menukar warna kulit menjadikan mereka antara hidupan yang unik dan memanifestasikan keagungan Allah. Mereka mampu hidup di habitat lembab seperti di hutan hujan tropika sehinggalah di kawasan kering kontang seperti di kawasan gurun. Namun penemuan unik spesies terkecil tahun 2012 ini memang hebat Sesumpah juga terkenal sebagai haiwan kesayangan dan dianggap sebagai haiwan eksotik. Mempunyai sifat pemalu haiwan ini dikatakan wujud seiring dengan zaman dinasour dahulu.Jom kita layan gambar spesies terkecil ini


  • Merupakan spesies Brookesia Micra
  • Direkodkan paling kecil di dunia, dengan hanya berukuran panjang 2.9 cm sahaja
  • Dijumpai di kawasan lantai hutan utara Madagascar.
  • Menurut saintis saiz mereka kecil akibat sumber makanan yang terhad di kawasan pulau.
  • Merupakan antara spesies vetebrata terkecil di dunia

No comments:

Post a Comment