Seorang gadis disahkan
hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut
mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga.
Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.
Malasari yang ketika itu
baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang
hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan
Iswanto dan Riyanti.
Ada yang membuat andaian
bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari
menafikannya.”Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan
mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya
masih kekal seperti asal,” kata ibunya.
Kerana masih belum
berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali
untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusan yang diterima tetap sama.
“Kami menghantarnya
untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama.
Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak
polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada
unsur jenayah,” tambah ibunya.
Malasari menceritakan
ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang
memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula
membesar.
No comments:
Post a Comment