Monday 25 February 2013

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit 5.6 juta 14 hari??????



Mamat Khalid Syukur HMDJPT Cecah RM5.63 Juta, 14 Hari

        
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 22 FEB 2013: Pengarah Mamat Khalid melahirkan rasa syukur selepas filem arahannya, Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit (HMDJPT) sudah mencecah 5.63 Juta selama 14 hari tayangannya di seluruh pawagam di Malaysia.Khalid berkata baginya kejayaan itu bukan dinilai dari segi berapa banyak kutipan tetapi respon 
daripada ramai pihak dan pelbagai golongan yang berpuas hati dengan filem sekuel kedua Zombi Kampung Pisang itu.
"Alhamdulilah, kejayaan ini adalah sokongan padu ramai pihak kerana ia telah ditonton oleh seisi keluarga dan saya dapat menghiburkan ramai golongan daripada respon yang diberikan.
"Bagi saya bukan jumlah kutipan yang menjadi ukuran tetapi bagaimana filem itu diterima oleh ramai pihak yang telah membuat saya gembira dan rasa bersyukur," katanya kepada murai.com.my selepas berakhirnya majlis tayangan media filem Rock Oo.
Meskipun (HMDJPT) masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, namun ada segelintir peminat berpendapat filem itu tidak sehebat filem siri pertamanya iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencecah kutipan sebanyak 7 Juta.
Ketika bertanyakan mengenai hal itu kepada Mamat Khalid, dia berkata, perkara itu adalah biasa dan dia akui akan kekurangan itu.
"Ye, memang begitulah selalunya. Jika dilihat filem siri James Bond pun, saya sendiri tidak menyukai siri terbarunya iaitu Sky Fall berbanding siri pertamanya. Jadi bagi saya, setiap sekuel ada kelebihan serta kekurangannya dan sangat biasa jika ada yang berpendapat begitu.
"Malah, saya suka jika ada pihak yang memberi pandangan begitu, sekurang-kurangnya ada yang prihatin dan sudi memberikan komen terhadap filem yang saya hasilkan. .
"Tambahan pula, memang terdapat perbezaan konsep terhadap filem kali ini kerana saya cuba memasukkan elemen jenaka yang lebih gelap. Selain itu perkembangan watak Kak Limah dalam filem ini juga semakin kurang kerana kali ini, ianya lebih tertumpu kepada watak Husin," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Mamat Khalid memberitahu HMDJPT masih lagi ditayangkan di pawagam kerana mendapat permintaan ramai dan tidak mungkin akan ditayangkan di Astro First dalam masa terdekat.
Mengenai perkembangan lain, Mamat Khalid bakal muncul dengan filem baru Rock Oo yang akan mula berada di pawagam pada 28 Februari ini.

No comments:

Post a Comment