Monday, 25 February 2013

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRES TERBARU ????

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRES TERBARU


Satu kemalangan maut membabitkan sebuah bas ekspres dan lori telah berlaku pada pukul 7 pagi tadi di Lebuhraya Utara Selatan.
Kemalangan ini telah menyebabkan pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59, maut ditempat kejadian.
kemalangan bas dan lori 22 feb 2013
Gambar kemalangan bas dan lori dari Mstar Online
Di bawah adalah berita penuh mengenai kejadian kemalangan ini yang Belalang kongsikan dari Mstar Online.
dua maut manakala Dua maut manakala lima yang lain cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di sini, Jumaat.
Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.
Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak.
“Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.
“Ketika pelanggaran berlaku pemandu bas itu terjun daripada bas dan saya lihat dia berada di tengah-tengah bahu jalan. Kepalanya terkena besi penghadang tengah lebuh raya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian Jumaat.
Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.
kemalangan lori dan bas ekspress 22 feb 2013
Gambar kemalangan dari Mstar Online

Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu.
Katanya pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh,” katanya.

No comments:

Post a Comment