Monday, 25 February 2013

Pokok pisang emas mengandung ????


TUNJANG - “Saya terkejut apabila melihat satu daripada pokok pisang emas yang ditanam berbuah di batangnya dan kelihatan seperti sedang mengandung,” kata seorang pencuci bangunan selepas melihat kejadian aneh itu di rumahnya di Kampung Tanjung, Jeram di sini. 
Siti Aishah Ibrahim, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas membersihkan dan menebas semak samun di sekitar kawasan rumahnya pada petang Ahad lalu. 
 
“Tidak sangka pula petang itu saya akan menjumpai buah pisang yang keluar di batangnya seperti orang mengandung iaitu pada pokok pisang yang ditanam oleh arwah ibu lebih setahun lalu. 
 
“Sejak setahun lalu, pokok terbabit telah mengeluarkan tiga kali hasil namun ini merupakan kali pertama ia keluar di batang seakan mengandung dan tidak berlaku pada pokok pisang yang lain,” katanya kepada Sinar Harian. 
 
Siti Aishah berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat menebang pokok itu kerana mahu menunggu keseluruhan hasilnya. 
 
“Saya tidak akan tebang dan mahu melihat apa akan terjadi seterusnya kerana ia juga berbuah dalam keadaan menaik dan bukan menurun seperti pisang yang lain. 
 
“Kami sekeluarga bersyukur diberi peluang melihat perkara aneh tetapi benar seperti ini dan berharap menerima rezeki daripada Tuhan,” katanya.

No comments:

Post a Comment