Tuesday, 11 December 2012

241,740 Orang Diisytihar Bankrap di Malaysia. 70% Adalah Lelaki. Pinjaman Kereta Paling Tinggi!

2 bulan lepas, kami pernah mengeluarkan laporan berita DI SINI mengenai polisi pengeluar kereta yang mahu memudahkan peminjam kereta terutamanya kalangan orang muda yang baru habis belajar. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Terus-terangnya kami juga tidak bersetuju. Ini semua kerana disebabkan masalah bankrap yang melanda di Malaysia sekarang ini….
“Lebih baik kita mencegah daripada mengubati penyakit yang telah sedia ada serius”
Pinjaman kenderaan sendiri sudah menunjukkan ia adalah kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus. Ditambah pula nak berikan yang muda-muda baru nak bertatih “untuk hidup” selepas habis pengajian digalakkan berhutang berpuluh ribu? Hutang belajar pun tidak terbayar lagi…
Belum masuk lagi hutang kahwin, yang mana wang hantaran dilihat sekarang ini sudah ada penanda aras di mana Wang Hantaran di Malaysia : RM12,000-RM15,000 Bagi Pasangan Lulusan Ijazah!!  Mampu?
bankrap malaysia 241,740 Orang Diisytihar Bankrap di Malaysia. 70% Adalah Lelaki. Pinjaman Kereta Paling Tinggi!
Sumber : Hansard Parlimen
Dan data terbaru yang dikeluarkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai di Parlimen menunjukkan sebanyak :
  • 52,917 kes berlaku di Selangor
  • 42,843 di Wilayah Persekutuan
  • 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita
Kami sendiri menyokong tindakan Datuk Seri Najib Razak mahu mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 yang bagi kami terlalu ketat dan membebankan rakyat. Sebagai contohnya :
  1. Bank atau institusi kewangan hendaklah mencari peminjam dahulu dan bukannya seperti sekarang ini yang meletakkan bebanan ke atas penjamin sehingga mereka diisytiharkan muflis
  2. Perlepasan dari kebankrapan juga perlu dilonggarkan supaya orang muda yang sudah bankrap diberi peluang kedua, terutama dalam bidang perniagaan
  3. Naikkan had bankrap di Malaysia. kalau tidak dapat RM70,000, RM50,000 pun bagi kami satu permulaan yang baik
  4. Naikkan deposit kepada sesiapa yang nak buat orang bankrap. Misalnya daripada RM2000 katakanlah ke RM5000. Biar pihak bank fikir berkali-kali daripada senang-senang nak bankrapkan orang. Ada kalangan yang nak bayar ikut kemampuan pun mereka tidak mahu terima. Nak juga bagi pihak insolvensi kutip. Lagi bagus sebenarnya pihak bank kena bayar secara berkala. Setiap 2 tahun bayar RM1000 sebagai contohnya…
Sekarang ini, senang sangat bank-bank meluluskan pinjaman, bagi kad kredit kemudian kenakan caj setiap hari. Mana tak ramai golongan muda yang bankrap. Golongan muda yang “mudah gelap mata” untuk berbelanja berlebihan terus terperangkap “ayat-ayat manis kakitangan bank yang sibuk mengejar komisen” sedangkan pada hakikatnya mereka-mereka ini tidak berkemampuan & kurang ada disiplin ketika menguruskan kewangan sendiri.
  • Bagi kami, mereka yang mahukan kalangan daripada anda ini bankrap sebab mereka mahu mengutip harta benda anda untuk bayarkan hutang
  • Tetapi kalau sudah tiada lagi benda mahu dikutip, buat apa lagi nak biarkan mereka ini kekal bankrap. Lepaskan sahaja mereka….
  • Kalau yang bankrap ini hanya ada gaji bulan-bulan, lepaskan dia dan meminta untuk bayar terus ke Jabatan Insolvensi. Boleh juga kan?
  • Jabatan Insolvensi pun kalau boleh pertingkatkan kecekapan kerja anda. Kalau kes-kes lama atau bankrap itu, jika ada yang datang untuk penyelesaian berikanlah keutamaan.
  • Apa yang berlaku, mesyuarat pemiutang pun lambat diadakan.
  • Tuntutan lambat nak diperakukan. Malah borang bukti hutang yang lesap entah ke mana pun ada berlaku. Manakala kes masuk sebulan beratus-ratus, yang lepas berapa sahaja. Inilah realiti yang berlaku sekarang ini.
  • Lagi satu Insolvensi bukan buat kerja percuma. Berbayar bukan? Sekali lagi berbayar. Yang bankrap kena bayar RFDF kalau tidak silap kami. 12% daripada jumlah yang dikutip. Itu belum masuk bayaran asas lagi. Oleh itu, besarlah harapan kami buat yang diistiharkan bankrap ini, bantulah mereka menyelesaikan masalah secepat mungkin. Jadi tidak adalah fail bertimbun-timbun di pejabat anda.

No comments:

Post a Comment