Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)
Bukannya
konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa
jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang
semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama
Hari
ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak
tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh
kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi,
golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi
baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria,
berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang
ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak
rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan
tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam
keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga
Golongan
yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap
bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati
dalam solat itu.
Fikirannya
masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat.
Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika
dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam
solat.
* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali
dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam
solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila
teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa
hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam
solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati
dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga
pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu
tidak mempengaruhi so latnya.
Walaupun
dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan
seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih
dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
No comments:
Post a Comment