Tuesday 19 March 2013

Enam Budak Darjah Lima Sudah Berani Merompak!!!!!!

Biarpun baru berusia 11 tahun, enam murid lelaki tahun lima sudah berani mengugut murid lain termasuk seorang daripadanya menggunakan pisau mengarahkan mangsa menyerahkan wang saku.

Gambar hiasan

Difahamkan, kumpulan terbabit bukan saja mengacukan pisau ke perut mangsa malah sanggup bertindak kejam dengan menumbuk dan menendang selain mengugut mahu membunuh mereka dengan parang.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Rabu lalu, enam murid tahun lima sebuah sekolah rendah di Sentul, di sini, dikatakan menghampiri seorang murid lelaki tahun enam dan mengancam murid terbabit dengan meletakkan pisau ke perutnya ketika mangsa baru selesai menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah berkenaan.

“Murid itu mengarahkan mangsa menyerahkan wang saku. Malah, ketika insiden itu, dua murid perempuan tahun enam dan dua murid lelaki tahun empat yang menyedari kejadian itu turut diacukan pisau dan menerima ugutan sama,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, seorang mangsa memberitahu dia mahu mengadu perkara itu kepada guru besar menyebabkan kumpulan terbabit naik berang lalu memaki hamun mereka.

“Mereka dengan berani mengugut mahu membunuh kelima-lima murid terbabit menggunakan parang sekiranya insiden terbabit diketahui guru besar.

“Malah, mereka dengan berani turut bertindak menumbuk dan menendang perut kelima-lima murid terbabit sehingga mendatangkan kecederaan dan kesan lebam,” katanya.

Seorang mangsa buli kumpulan terbabit dipercayai menceritakan kejadian itu kepada guru disiplin sekolah berkenaan.

Sumber berkata, guru terbabit yang terkejut mendengar pengakuan itu kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran sebagai tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

No comments:

Post a Comment