Monday, 18 March 2013

Kenapa Kucing Makan Rumput?????

Kenapa kucing makan rumput?... Macam pelik je kan???


 

Picture from Pet Grass (Malaysia)
Untuk kawal hairball atau gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut. kalau tak buang, boleh sebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan etc. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu / hairball. Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah! 


Gambar dari Pet Grass (Malaysia)

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk. TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

No comments:

Post a Comment