FAKTOR PERSETUBUHAN
1. Mula-mula anda perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang
dikeluarkan setiap bulanmengandungi chromosome X. Yang menentukan
jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah
dikeluarkan tersebut. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah
perempuan (XX) dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah
lelaki (XY).
2. Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar
saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh
hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid.
Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas akan tetapi tidak mampu
bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.
3. Melihat pada sifat sperma X yang pertama, ianya bersaiz besar dan
pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y. Oleh disebabkan itu,
persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari lebih awal daripada
tarikh ovulasi dijangkakan berlaku dan elakkan persetubuhan semasa waktu
ovulasi. Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y
akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan
persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y telah mati,
walaubagaimanapun sperma X masih mampu lagi bertahan dan dapat
mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.
4. Kedudukan penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan
peranan. Sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma
terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit
kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika
perjalanannya lebih jauh. Penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang
sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih
awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu.
5. Melihat kepada sifat yang kedua, sperma X mampu bertahan lama dalam
medium berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara “vaginal
douching” menggunakan air yang berasid seperti produk “Summer’s
Eve-jenis Water and Vinegar” 30 minit sebelum persetubuhan juga dapat
memberikan kelebihan pada sperma X kerana sperma Y tidak mampu bertahan
lama dalam keadaan berasid.
FAKTOR PEMAKANAN
a. Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap keasidan
di dalam faraj, lebihkan makanan yang meningkatkan keasidan seperti
jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune,
pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal,
kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega
kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas,
Coca-cola dan banyak lagi.
b. Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan kealkalian
badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis
cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang,
bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal,
pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai
susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah
berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam
laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan
banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia
bertindak meningkatkan kealkalian badan.
Walau bagaimana pun, tidak perlu anda makan semuanya dari kategori
makanan berasid, cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada
kategori berasid. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan anda perlu
belajar makan makanan yang anda kurang gemari.
No comments:
Post a Comment