INI
merupakan satu trend yang membimbangkan dan daripada senarai penyakit
serius di negara ini, penyakit mental dalam kalangan wanita mencakupi
12.1 peratus berbanding hanya 10.4 peratus yang dihadapi kaum lelaki,”
jelasnya dalam ceramah bertajuk Perbezaan Gender dan Penyakit Mental,
baru-baru ini.
Ceramah
tersebut telah dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Wanita Hospital
Gleneagles yang dikenali sebagai Women To Women Well-Being Tea Talk yang
diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Nor Hamidah berkata, wanita hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan.
Wanita
mampu memikul semua tanggung jawab dengan baik dan pada masa yang sama
boleh menyeimbangkan tuntutan sebagai isteri, ibu dan ahli kepada
masyarakat.
Beliau
turut mengambil contoh situasi balu yang suami masing-masing terkorban
dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini.
Nor
Hamidah menelaskan konsep keseimbangan iaitu perasaan sedih dan pada
masa yang sama berbangga menjadi isteri kepada wira negara yang
terkorban bukanlah satu yang mudah untuk dicapai.
“Bukan
senang menerima kehilangan orang tersayang, kesedihan yang tidak diurus
dengan baik akan memberikan kesan negatif pada kesihatan mental wanita.
‘‘Namun
dalam hal pengorbanan perajurit negara, kita bersyukur kerana pihak
berkuasa seperti tentera dan polis juga mempunyai kumpulan sokongan
malah pakar psikiatri dan kaunselor juga ada untuk membantu mereka
menghadapi masa-masa sukar.
‘‘Cuma
yang kita risaukan bagaimana nasib wanita yang berhadapan dengan
kehilangan, lalu meratapi kehilangan tersebut tanpa mendapatkan nasihat
sewajarnya. Itu pasti akan memberi kesan buruk pada kesihatan mental
mereka,” jelasnya.
Nor
Hamidah menambah, keadaan wanita kini berbeza daripada sepuluh tahun
dahulu dengan emegang peranan pelbagai tanggung jawab berat dan jawatan
penting dalam negara bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga.
“Kini
isu menuntut hak kesaksamaan gender bukan lagi fokus utama bagi wanita.
Jika seabad lalu mungkin ramai yang tidak percaya wanita mampu memegang
jawatan tinggi seperti ketua pegawai eksekutif, editor, doktor dan
pelbagai lagi jawatan penting lain.
‘‘Namun
kini wanita terutamanya di Malaysia diiktiraf dalam pelbagai pencapaian
dan memegang jawatan penting di dalam sektor korporat dan awam.
“Malangnya selari dengan pencapaian itu, wanita juga berhadapan dengan pelbagai isu kesihatan termasuklah masalah mental.
‘‘Hakikatnya
walau bagaimana maju pun wanita di dunia ini, masih ada wanita yang
nasibnya tidak begitu baik terutamanya di nagara mundur seperti di
Myanmar.
‘‘Isu
kesihatan mental wanita memang berbeza bagi setiap wanita. Lain negara,
lain pula fokusnya. Sebagai contoh di negara seperti Korea, wanita
sanggup menghabis beratus ribu ringgit semata-mata untuk kecantikan. Ini
juga salah satu isu yang melibatkan kesihatan mental apabila mereka
tidak lagi mempunyai keyakinan pada diri sendiri,” jelasnya.
Ada ‘harga’ yang perlu dibayar
Menurut
Nor Hamidah, apabila banyak kuasa yang diberikan kepada wanita, ada
beberapa perkara yang wanita perlu seimbangkan dan kegagalan mencapai
stabiliti inilah akan mengundang beberapa tekanan.
“Hanya
dua daripada lima wanita yang mengalami masalah kebimbangan merujuk
masalah mereka kepada pakar. Sebenarnya dari segi gender, peluang risiko
lelaki dan wanita untuk mendapat penyakit mental adalah sama, tapi
wanita lebih cenderung menunjukkannya.
“Mengapa
wanita tidak ramai yang merujuk kepada doktor mungkin kerana pelbagai
sebab seperti tradisi keluarga, kesusahan mendapatkan perkhidmatan yang
sesuai dan pelbagai masalah lagi,” jelasnya.
Nor
Hamidah menambah, penyakit mental yang biasa dialami wanita ialah
kemurungan, kebimbangan dan complain somatic yang bermaksud kerap
mengadu sakit pada bahagian tubuh seperti lenguh-lenguh, pening dan
lesu. Bayangkan satu daripada tiga wanita Malaysia menghadapinya.
“Selain
penyakit mental yang disenaraikan di atas, wanita perlu tahu bahawa
penyakit Unipolar Depression juga bakal menjadi masalah di seluruh dunia
menjelang tahun 2020 dan sudah tentu kebimbangan ini melibatkan
penambahan jumlah pesakitnya di kalangan wanita.
“Kita
juga bimbang penyakit kemurungan yang dialami mereka yang sedia
berpenyakit sebagai contoh penyakit kanser menambah lagi kesukaran untuk
penyembuhan sepenuhnya.
“Kajian
juga menunjukkan wanita hidup lebih lama dari lelaki dan atas sebab
itulah maka wanita harus menjaga kesihatan mental agar tidak terlibat
dengan penyakit tua seperti nyanyuk menjelang hari tua kelak,” katanya. –
NOOR FAZRINA KAMAL
No comments:
Post a Comment