- KUALA LUMPUR -:Menjijikkan apabila seorang ustazah
sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan
bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama
pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas
rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks
tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza
tetapi melibatkan ‘pelakon’ yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk
mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang
disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut
apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon
bimbit.
No comments:
Post a Comment