Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek berusia 33 tahun dari Desa Baiduri, Cheras, cuba melarikan diri bersama seorang lagi rakannya selepas gagal menyamun kafe internet terbabit sebelum terserempak pegawai polis berkenaan.
Serang dengan parang
“Selepas terdengar jeritan, pegawai terbabit terus memberhentikan kenderaannya dan keluar sebelum ternampak dua lelaki tergesa-gesa keluar dari kafe internet itu.
“Sebaik berhadapan dengan dua lelaki itu, pegawai berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai polis dan seorang daripada suspek yang mungkin panik menyerangnya dengan parang memaksanya melepaskan sedas tembakan untuk mempertahankan diri,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian di sini, malam kelmarin.
Beliau berkata, tembakan itu terkena tepat pada dada suspek yang kemudian rebah dan mati di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya berjaya melarikan diri.
“Pemeriksaan ke atas mayat suspek tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri selain tujuh tiub dadah jenis heroin dalam poket seluarnya.
“Kita masih meneruskan siasatan untuk mengesan suspek yang melarikan diri selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kafe internet berkenaan,” katanya sambil menambah premis perniagaan itu baru dua minggu beroperasi.
No comments:
Post a Comment