Friday, 21 December 2012

Tempat Menarik Di Melaka - River Cruise



melaka river cruise
assalam.. pernah dengar tak tentang 'Venice of the East'. aloo.. masa belajar subjek sejarah dulu xsilap ada disebut tentang  menda ni. haishh.. klana bukan nak cerita tentang sejarah pulak kali ni, okeh.. tapi nak bagitaw yg benda alah tu ialah gelaran utk sg melaka pd zaman dolu kala. kerana pd masa tu sg melaka memang sgt terkenal dgn aktiviti perdagangan seantero donia.. huhu.. tapi tu citer dulu kan, skrg ni sg melaka masih kekal terkenal lagi, sebab ada tarikan pelancong yg menarik kat sini... Melaka River Cruise... iaitu perkhidmatan bot yg membawa pelancung menyusuri bagi  melihat keindahan dan mengimbau kembali sejarah silam kegemilangan sg melaka...

river cruise melaka
sedikit info tentang Melaka River Cruise ni. Stesyen atau jeti bot terletak di Taman Rempah di Jalan Mata Kucing. Waktu beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. Beroperasi hanya time air pasang saja. Harga tiket RM10 utk dewasa, kanak-kanak RM5. Perjalanan sejauh 9 km, mengambil masa selama 45 min ke 1 jam.

melaka river
masa klana naik river cruise ni, bukan time cuti sekolah. jadi, org xberapa ramai sgt. xperlu berbaris panjang utk beli tiket. nak naik bot pun xperlu tunggu lama. botnya agak besar. rasanya boleh muat dalam 20 - 30 penumpang camtu. bila penuh, pemandu bot mula start enjin, bot kami mula bergerak. pemandu bot ni juga jadi tourist guide. jadi sepanjang jalan, banyak benda akan diceritakan... mula2 yg kami nampak ialah stesen monorel melaka.. pic kecil atas blh nmpk monorel sdg bergerak.. tapi utk testing jer, xambik penumpang coz ada masalah teknikal.. gitu la cakap tourist guide cum boat captain kami.. byk lagi lah yg dia bla bla kan..
melaka cruise
jambatan pertama yg kami jumpa.. jambatan kg morten... dengan hiasan corak bunga raya yg indah. kg morten ni sebuah kg contoh di tengah bdr melaka, yg dihias cantik sebagai tarikan pelancongan.. contoh rumahnya mcm pic bawah ni...

so, blh kata semua design rumah2 di kg morten ni ada ciri-ciri senibina tradisional yg cantik dan menarik. pic ni diambil lepas habis trip river cruise. apa yg klana dengar, dari  pemandu bot bagi tau, segala bil2 letrik, air, astro, etc... semua tu kerajaan support, penduduk hanya perlu pastikan rumah mereka bersih dan dihias cantek... hurmm, untungkan penduduk kg ni.. huhu.

jambatan old bus station... bentuk melengkung.. dan selepas lalu bawah jambatan ni, ada satu tempat yg menarik.. 

melaka cruise
taraa.. sebelah kiri ada sebuah taman hiburan mini.. hanya dibuka pd waktu malam. klana dah chop tempat ni, pd sebelah malam mesti akan pegi cnie... gambar kecil.. suasana waktu malam masa kami serbu ramai2 ke taman tema ni.

melaka river
jambatan hang tuah. waktu malam, jambatan ni bertambah cantek sebab dilimpahi lampu berwarna-warni.. syg klana xsnap pic time malam, mmg sgt awesome...

melaka cruise
pokok bunga kertas (bouganvilla).. penuh dgn bunga kaler merah.. dari jauh dah blh nmpk..

river cruise melaka
sepanjang menyusuri sg melaka, kita boleh menjamu mata dengan lukisan mural berwarna-warni, menceritakan sejarah melaka. klana dapat tahu yg mural2 ni dilukis oleh pelajar2 UiTM..
melaka river
pic kat atas ni pula keadaan pemandangan mural waktu malam. dengan efek lampu neon, kena pulak reflection pd pemukaan sg, memang sangat cantek suasana ketika ni.. gambar ni klana snap time bersiar2 ikut laluan jalan kaki tepi sg melaka.

river cruise melaka
senibina berkonsepkan colonial.. terasa mcm melaka di zaman dolu kala..

melaka river cruise
kubu dengan meriam.. pakai serba hitam tuh, askar portugis tgh teropong nak serang bot kami... ekekkeke

melaka river cruise
kincir air yg sgt huge di tepi sg melaka... belakangnya blh nmpk menara taming sari...

melaka river
hotel casa del rio yg baru dibina.. gmbr kecil keadaan waktu malam.. cantekkan..

river cruise melaka
muzium samudera dengan kapal kayu.. sampai sini tanda dah penghujung, bot akan buat u turn kat cnie utk berpatah balik ke jeti di taman rempah..

river cruise melaka

No comments:

Post a Comment