Monday, 24 December 2012
Tuala Sarang Pembiakan Bakteria.
Tuala merupakan peralatan wajib yang perlu kita bawa ketika hendak mandi.Oleh kerana ia digunakan untuk mengelap dan mengeringkan seluruh tubuh,kebersihannya perlulah dijaga dengan baik kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan.Tuala yang kotor akan menjadi sarang pelbagai jenis bakteria sehingga ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan kulit.
Sebaiknya,eloklah jika kita sentiasa memberikan perhatian yang lebih kepada perawatan dan kebersihan tuala yang digunakan. Pastikan tuala kembali dalam keadaan kering setelah diguna agar tiada kulat yang melekat padanya.Jemur tuala di tempat yang kering dan terkena sinar matahari.
Keringkan tuala setiap kali selepas digunakan agar tiada kulat yang melekat padanya.Pastikan tuala dijemur dengan elok setiap kali selepas digunakan.Untuk memastikan tuala kita sentiasa bersih,seeloknya cucilah tuala sekerap yang boleh agar tuala yang kita gunakan sentiasa bersih dan berbau harum.Lebih baik jika tuala direndam dalam air yang agak panas yang telah dicampurkan dengan sabun pencuci selama 30 minit.
Jika ingin menggunakan tuala baru buat pertama kali,seeloknya cuci dahulu tuala baru itu sebelum digunakan kerana kita tidak tahu berapa banyak bakteria yang telah membiak di atasnya semasa ianya di kedai.Oleh itu,rendamkan dengan air hangat bersama sedikit detergen sebelum mencuci tuala.Dengan cara ini,selain menjaga kebersihan ia juga dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada bakteria.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment