Monday 24 December 2012

Udang Karang Unik Warna Oren Hitam.

du 04.1 Udang Karang Unik Warna Oren Hitam.
Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England Amerika Syarikat (AS).
Udang karang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split.Ia ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem pada minggu lalu.
“Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam,”kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu.
Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam manakala bahagian kanan berwarna oren.Mengulas mengenai keganjilan tersebut,beberapa pakar biologi marin berkata warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.Hidupan laut yang unik itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.
“Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang,” ujar pihak akuarium berkenaan.

No comments:

Post a Comment